Friday, 16 May 2014

Chewable Vita C Plus... Vitamin C untuk semua

         Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

* Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Chewable Vita C Shaklee mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit




          



        Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.


Kebaikan Chewable Vita C:
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
 
 
 
 
 
Keperluan Vitamin c kepada tubuh kita:
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
**saya beri anak saya sebiji chewable vita c setiap hari untuk sistem imunnya.
**semuanya sebagai ikhtiar

 
Untuk sebarang pertanyaan mengenai chewable vita.c atau sebarang produk shaklee, sila hubungi saya ye. :)



Ainul Husna Yahya
Shaklee Independent Distributor
013-3883495
call/ sms/ whatsapp

Thursday, 15 May 2014

Meal Shakes

          Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

          Meal Shakes merupakan hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium  








Manfaat utama Meal Shakes : 
  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekuranan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Kaya dengan Protein – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium-magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Kaya dengan serat larut – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus (detoksifikasi)
  • Rasa yang lazat – Minuman yang lazat berperisa vanilla untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantikan segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.



Siapa yang perlukan Meal Shakes?
                                                                                                                                  kredit: sumber


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Mealshakes mahupun produk-produk shaklee yang lain, boleh hubungi saya:

Ainul Husna Yahya
013-3883495
Call/ sms/ whatsapp

Tuesday, 22 April 2014

Pelan Pengurangan Inci dengan Cinch

         Ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Namun, walaupun berusaha untuk mengurangkan berat badan, kebanyakannya gagal. 

         Hal ini kerana kebanyakan diet untuk menurunkan berat menyebabkan anda kehilangan lemak dan otot ( ataupun salah satu daripadanya ). Apabila anda kehilangan otot, metabolisme tubuh anda menurun dan tubuh anda hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi, berat badan anda akan lebih cepat naik secara mendadak. Bila anda ulangi sekali lagi maka terjadilah kesan diet yo-yo. 




Cinch Shaklee yang berbeza

         Penemuan Pengurangan Berat Cinch merupakan proprietari shaklee yang diuji secara klinikal dengan peningkatan leusina. Cinch dengan leusina membantu anda mengekalkan otot yang anda miliki, membakar lemak yang tidak diingini, dan mengurangkan inci yang anda ingin kurangkan. Selamat tinggal kepada diet yo-yo.


         Cinch shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda sentiasa berasa kenyang. Kelebihan cinch shake shaklee:
  • Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan
  • Diperkaya dengan leusina untuk memelihara otot ketika mengurangkan berat badan
  • Mengandungi 24g protein dalam setiap hidangan membantu anda berasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi, 6g dalam setiap sajian
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan
  • Dihasilkan daripada soya yang tidak diubahsuai genetiknya (non-GMO)
          Untuk anda yang ingin kurangkan inci tubuh anda atau dengan kata mudahnya mengurangkan saiz badan anda, meh la cuba cinch shake shaklee ni. Ni ha saya bagi anda lihat testimoni mereka yang telah berjaya mengurangkan berat dan saiz badan dengan cinch shake shaklee.

 




       Tunggu apa lagi? Sampai lemak tepu penuh di badan? Atau sampai saiz baju jadi xxxxL baru nak kuruskan badan? Jom dapatkan Cinch SEKARANG.


Hubungi saya,

Husna
013-3883495


Wednesday, 16 April 2014

GLA Complex






Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414



Fungsi GLA Complex SHAKLEE

*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
*Membantu dalam menangani menopus
*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf



SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 

  • GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…
  • GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
  • GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.
 

English Primrose Oil vs. Borage Oil (GLA Complex Shaklee)

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.


s 1325 GLA Complex

 
Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.
 
 
s 1327 GLA Complex



Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?

Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).

Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

 Sumber

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.



Husna
013-3883495
call/sms/whatsapp
 

Thursday, 10 April 2014

Shaklee untuk kulit cantik....

          Kecantikan sangatlah sinonim dengan wanita. Semua wanita mahu kelihatan cantik. Sampaikan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak cantik. Ada juga yang sanggup 'telan' apa saja yang dikatakan boleh mencantikkan diri mereka. Huuu..jangan la sampai macam tu sekali ye cik adik cik kak makcik-makcik. Nak cantik? Biarlah dari dalam. Bukan yang sekadar luaran semata-mata. Sehingga boleh memudaratkan di masa hadapan.

Wahhh...panjang pulak intronya. Hihi. Jangan marah yeeee...

           Ok...kembali ke topik asal. Cantik. Nak cantik? Jom kita cantik dalam dan luar nak? Macam mana? Meh la nak cerita-cerita.

Shaklee ada pelbagai vitamin untuk cantik ni. Banyak pilihan. Mengikut bajet dan tempoh yang anda inginkan untuk kelihatan cantik. Kita cerita satu-satu hokayy uollss.


1- Set D (Vitamin C + Vitamin E + B-Complex)

♥ VITAMIN C
>Sebagai antioksida kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara & sebagainya.
>Meransang pembentukan & meningkatkan produksi kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit.
>Mencerahkan kulit.


♥ VITAMIN E
>Menjaga kesegaran & keremajaan kulit
>Melindungi kulit dari sinaran UV
>Menjaga kelembapan kulit
>Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel


♥ B-COMPLEX
>Bertindak sebagai pelembap
>Mencegah pigmentasi
>Melambatkan tanda penuaan
>Mengubati jerawat
 
 
2- ESP
 
♥ Mengandungi  Asid Amino yang membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
♥ Tanpa ‘blok pembinaan’ yang mencukupi ini, produk penjagaan kulit tidak dapat melaksanakan tugasannya dengan sempurna.  
 
 
 
♥ Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan 
- Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

♥ Memulihkan masalah kulit 

- Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.


♥ Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi 

- Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

♥ Melambatkan proses penuaan kulit 

- Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
  
 
4- Vivix
 
♥ Kandungan Nutrien Polifenol yang kaya dalam ciri-ciri ANTIOKSIDA dan membantu MELAWAN KEROSAKAN RADIKAL BEBAS yang mempercepatkan kehilangan kolagen. Beberapa kajian juga membuktikan yang campuran ekstrak botani Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberries dan Lobak Ungu dapat membantu untuk menggalakkan PROSES PENUAAN yang sihat. 
  
 
 
    Jom siapa-siapa yang nak cantik, dapatkan segera vitamin-vitamin shaklee ni. Tak tau nak pilih yang mana? Meh saya tolong. Kita kira ikut bajet anda.
 
Hubungi saya:
 
Husna
Shaklee Independent Distributor (1001611)
013-3883495
call/sms/whatsapp
 
Page: Icha Vitashop

Wednesday, 9 April 2014

Saya pengedar Shaklee - IPOH, KUALA KANGSAR, SUNGAI SIPUT, LENGGONG

Assalamualaikum uolss.....

Okay, entry ni nak citer pasal saya je. Hihi.

Saya Ainul Husna Yahya.
Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor)
SID 1001611

Kawasan COD - IPOH
Untuk kawasan KUALA KANGSAR, SUNGAI SIPUT, & LENGGONG, juga terdapat perkhidmatan COD TETAPI bergantung kepada keadaan.
Kena tunggu saya balik kampung hujung minggu la. :)

Untuk pengeposan, 
SELURUH MALAYSIA.

Cara hubungi saya?

PM saya di FB personal/ page.

ATAU

Nak lebih mudah dan cepat
Call/ sms / whatsapp
013-3883495


Set yang saya jual:

~ slimming set
~ set kecantikan
~set hamil
~set bersalin
~set menyusu
~set kesuburan
~set kesihatan optimum
~set lelaki sihat
~set wanita
~set kanak-kanak
~set sendi
~set kecerdasan minda
~set menambah berat
~set diabetes
~dan lain-lain



Ok la uolss. Jangan segan-segan whatsapp je kalau nak tanya apa-apa pasal shaklee. Aha...lupa pulak. Konsultasi adalah PERCUMA SEUMUR HIDUP jika membeli dengan saya. :)

Tuesday, 8 April 2014

G6PD dan shaklee...

Apakah itu G6PD?


       Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan  satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.
       Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD.
       Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?
       Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.
Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?
 
       Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.
       Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.
       Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.
       Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.
       Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.
                                                                                                                                      kredit : sumber
Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
 
      Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
 
*   Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
 
*   Ubat gegat.
 
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
 
*   Minyak gosok.
 
*   Kacang parang.
  

        Sebab itu, jika bayi anda mengalami penyakit G6PD, anda TIDAK BOLEH mengambil sebarang jamu ketika berpantang. Ohhh tidakkkk. Kalau tak makan jamu, habis la.. Sakit-sakit badan. Macam mana nak recover balik masa selepas bersalin???? Jangan risau ye ibu-ibu. Jom berpantang secara moden dengan Set berpantang shaklee. Takde jamu. Semua vitamin je. Untuk kesihatan dalaman. 



Cadangan vitamin untuk ibu berpantang



       Sebarang pertanyaan mengenai vitamin shaklee untuk ibu berpantang mahupun lain-lain set, sila hubungi saya.


Husna
Shaklee Independent Distributor
SID 1001611
013-3883495
call/sms/whatsapp
FB Page: Icha Vitashop