Showing posts with label supplement. Show all posts
Showing posts with label supplement. Show all posts

Monday, 6 April 2015

PERLUKAH ANAK-ANAK KITA DIBERIKAN SUPLEMEN??

Ramai yang bertanya, ' perlu ke anak saya ambil suplemen?' Ada juga yang berkata, 'anak saya tak perlukan suplemen sebab anak saya sihat.'

Persoalannya PERLUKAH ANAK-ANAK KITA DIBERIKAN SUPLEMEN??

Jawapanya TAK perlu JIKA anak anda  menganmbil makanan yang anda yakin cukup segala nutrisi harian yang diperlukan seperti yang tertera di dalam piramid makanan. Tapi..yakinkah anda anak-anak anda telah mendapat segala bekalan nutrisi setiap hari? Yakin? Atau tak? Makanan segera, cekedis, even cara masakan kita di rumah juga menyumbang kepada ketidakcukupan nutrisi harian yang diperlukan.

Jika anda ragu-ragu dengan bekalan nutrisi anak anda, jangan risau. Shaklee ada penyelesaiannya.

Set kanak-kanak mengandungi Omegaguard, Vita-lea for children, Mealshakes dan Chewable vita C.



Vita-lea for children 

1. Mengandungi
  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 

2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.
 

3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.


5. Bebas gluten, datang dalam perisa
anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak
terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama
yang tidak suke makan sayur.

Meal Shakes



Manfaat utama Meal Shakes : 
  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekuranan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Kaya dengan Protein – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium-magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan
  • Kaya dengan serat larut – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus (detoksifikasi) - membantu masalah sembelit
  • Rasa yang lazat – Minuman yang lazat berperisa vanilla untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantikan segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
Chewable vitamin C

Kebaikan Chewable Vita C:
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak 
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  Omegaguard 

Kebaikan omegaguard kepada kanak-kanak
  • kandungan omega 3 yang tinggi membantu perkembangan otak kanak-kanak
  • memelihara kesihatan otak
  • membantu anak-anak untuk lebih fokus


Pilihan di tangan anda ibu-ibu. Jika inginkan yang terbaik untuk anak-anak, berikan yang terbaik kepada mereka. Set kanak-kanak shaklee memang terbaikkkkk.

Ainul Husna Yahya
Shaklee Independent Distributor
ID: 1001611
013-3883495





Monday, 3 March 2014

Vitamin shaklee untuk ibu menyusu... Mengikut bajet

Assalamualaikum.

Bagaimana perasaan anda selepas menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga? Mesti sangat-sangat teruja kan? Dan sebagai ibu, anda mesti memikirkan ingin memberi yang terbaik untuk bayi anda. Yang terbaik untuk bayi sudah semestinya susu ibu. Ibu mana yang taknak menyusukan sendiri anaknya kan? Cuma kadang-kadang ada sahaja halangan dari segi kekurangan ilmu dan kekurangan susu ibu.

Ok..ok. Saya akan cerita dan tunjukkan pada ibu-ibu..yaa..anda. Suplemen yang akan membantu anda untuk menghasilkan susu ibu yang lebih banyak dan lebih berkualiti.

Set menyusu daripada shaklee mempunyai beberapa pilihan set. Dari yang bajet sehinggalah yang premium.




Setiap item atau vitamin di dalam set-set ini mempunyai fungsi dan manfaat tertentu.

Alfalfa
~Menggalakkan penghasilan susu ibu
~Sebagai agen detoks-jika tubuh badan kita mengandungi toksin yang banyak, segala nutrien yang diambil sukar diserap oleh tubuh
~Merendahkan paras kolestrol

ESP
~Kandungan isoflavon bertindak seperti hormon estrogen iaitu meningkatkan penghasilan susu ibu.
~Memekatkan susu ibu-bayi akan lebih cepat kenyang
~Mengandungi kandungan protein yang tinggi-penting untuk ibu & bayi
~Menggebukan kulit ibu & bayi serat menganjalkan kulit serta payudara ibu

Vita-lea
~Multivitamin yang mengandungi nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan sempurna

B-complex
~Penting untuk perkembangan saraf bayi
~Penting untuk kesihatan mata, mulut serta kulit ibu & bayi
~Sebagai 'energy booster'
~Anti-stress

Vitamin C
~Untuk mengoptimumkan sistem imun ibu & bayi
~Bagus untuk penghasilan kolagen yang penting untuk kulit & organ dalaman

Ostematrix
~Sebagai sumber kalsium untuk ibu dan susu ibu
~Bayi yang menyusu akan menyerap sumber kalsium daripada ibu dan jika ibu tidak mendapatkan sumber kalsium tambahan, kalsium daripada tulang ibu akan diserap! Taknaklah jadi bongkok kan?


Jadi..sekarang masalah anda yang kekurangan susu akan selesai dengan pengambilan suplemen-suplemen ini bagi membantu penghasilan susu ibu yang lebih banyak dan berkualiti. Selain itu, set menyusu shaklee bukan sekadar membantu anda menghasilkan susu yang banyak, tetapi membantu anda menjadi lebih bertenaga dan sihat. Taknaklah kan kalau berjaya menyusukan bayi tapi badan lemah, lembik je.



Ok..dapatkan set menyusu ini daripada saya.
Konsultasi percuma tau. Seumur hidup lagi u....

Ainul Husna Yahya
013-3883495
call/ sms/ whatsapp


Monday, 10 February 2014

Tingkatkan imuniti tubuh dengan NUTRIFERON

Jom tinggalkan PARACETAMOL. Jom sama-sama tingkatkan sistem imuniti tubuh kita.
 
Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.
Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.
                                                                                                                             
                                                                                                                                          sumber   

Bagaimana nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!



Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
Siapa yang perlu ambil Nutriferon?

✔ Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
✔ Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
✔ Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
✔ Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
✔ Mereka yang sering stress.
✔ Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

✔ Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
✔ Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Jadi? Bagaimana? Adakah anda ingin meninggalkan segala jenis ubat penahan sakit? Adakah anda ingin meningkatkan sistem pertahanan tubuh anda? Jom cuba NUTRIFERON.

Hubungi saya.
Ainul Husna Yahya
013-3883495
call/ sms/ whatsapp


Monday, 3 February 2014

Vita-lea... Multivitamin shaklee

            Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. 



  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.  
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.
  • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. 
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil

         Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.



 

Kebaikan utama vita-lea.
  • Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh & kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori & fokus dalam aspek pembelajaran mahupun bekerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan pemakanan tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.
  • Keupayaan produktif - penting kepada kanak-kanak & remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisme -  sangat membantu dalam stimulasi metabolisme & melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutriri, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku & hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea

  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.  



Jika ingin mengetahui lebih lanjut supplement yang sesuai dengan anda, sila hubungi saya.

Ainul Husna Yahya
013-3883495
call/sms/whatsapp 

Thursday, 30 January 2014

Ikhtiar merawat resdung dengan shaklee

           Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis. 





Punca sinusitis.

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.              
                                                                                                                (sumber: pakarrawatanresdung )


Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Vitamin shaklee membantu masalah resdung yang anda hidapi.

Set ini mengandungi:
~Alfalfa
~Vitamin C
~B-complex

 Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
                                                                                                                                                                      (sumber: celikvitamin )


Jangan berlengah lagi. Rawat segera masalah resdung anda sebelum keadaan bertambah teruk. 
Hubungi saya.
Ainul Husna Yahya
013-3883495
call/sms/whatsapp




Tuesday, 28 January 2014

Shaklee untuk pesakit diabetes


Jom tengok cadangan vitamin shaklee untuk membantu pesakit diabetes.

Jika anda mempunyai bajet yang besar, adalah SANGAT disarankan untuk mengambil Vivix.

Tapi..jika bajet anda kurang, bolehla ambil Sugar Control Set.


Set ini terdiri daripada:
~Vita-lea
~Vitamin C
~Alfalfa
~GLA Complex
~Zinc Complex







Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri.

Vita-lea
>kandungan chromium di dalamnya penting bagi mengekalkan paras gula yang sihat


Alfalfa
>mengandungi mineral yang boleh menstabilkan paras gula dalam darah


Zinc Complex
>membantu pengeluaran insulin
>mengekalkan fungsi insulin
>seterusnya memperbaiki diabetes


Vitamin C
>merupakan nutrient yang penting untuk penyembuhan luka


GLA Complex
>menghalang komplikasi diabetes
>merendahkan paras gula dalam darah
>mengurangkan kebas & kesakitan yang disebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi


Sampai bila harus menanggung derita diabetes?
Setiap hari perlu kontrol pengambilan gula.
Setiap hari perlu disuntik insulin.

Jom berikhtiar dengan shaklee.
In Shaa Allah.



Hubungi saya.
Ainul Husna Yahya
SID: 1001611
013-3883495
call/sms/whatsapp

Monday, 27 January 2014

Set Bersalin moden.....pilihan ibu masa kini

Para ibu yang bakal menimang cahayamata pasti sangat teruja menyediakan pelbagai persiapan.
Terutamanya barang-barang bayi yang bakal lahir.

TAPI!
Jangan lupa set berpantang untuk ibu.
Itu SANGAT penting.
Yelah..untuk kesihatan ibu semasa berpantang dan selepas berpantang.

Orang-orang tua kata masa berpantng ni la kena jaga.
Taknak la nanti orang kata 'expired' cepat.
Badan kita ni nak pakai lama.

Tapi ada yang tak lalu nak telan jamu dan segala macam akar kayu.

JANGAN RISAU!

Shaklee merupakan pilihan terbaik.
Set berpantang moden.
Untuk kesihatan dalaman.

 Saya mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk digunakan oleh ibu berpantang:
~Vitamin C
~B-complex
~Vitalea
~Zinc
~ESP (optional)
~Ostematrix (optional)
~Alfalfa (optional)
~Omegaguard (optional)
~Lecithin (optional)

Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri.

                                                                                                photo credit : vitaminibu


                                                                                  
Kenapa vitamin shaklee menjadi pilihan?

~set bersalin moden tanpa jamu
~tidak panas
~selamat digunakan sejak hari pertama bersalin walaupun anak terkena jaundice atau G6PD
~mudah dan senang digunakan
~memberi tenaga kepada ibu
~menyembuhkan luka dalaman dan luaran lebih cepat
~meningkatkan penghasilan susu ibu
 ~turut bermanfaat kepada bayi 
~boleh digunakan sejak mengandung dan selepas berpantang

Jadi..kepada bakal ibu di luar sana.
Jom dapatkan set vitamin shaklee untuk ibu baru bersalin sekarang.



Hubungi saya.
Ainul Husna Yahya 
013-3883495
call/sms/whatsapp


Sunday, 26 January 2014

Set Kehamilan Shaklee :- Pilihan ibu bijak

Mesti teruja kan bila tau dah ada 'isi'.
Nak-nak pulak anak pertama.
Mesti semua mommy to be mahu beri yang terbaik untuk bakal anak sejak dalam kandungan lagi.

Jadi.
Shaklee merupakan pilihan TERBAIK untuk anda dan bayi anda.

Cadangan vitamin shaklee untuk ibu hamil mengandungi:
~ Vita-lea
~B-complex
~Vitamin C
~Ostematrix
~ESP (optional)
~Omegaguard (Trimester 2 & 3-optional)


Berminat?
Hubungi saya di:
fb : Ainul Husna Yahya
013-3883495
call/ sms/ whatsapp

Wednesday, 13 November 2013

Nikmat kesihatan

Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu. Dalam Islam, kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan menjaga kesihatan, seseorang individu dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadis :
“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”
Bahkan Baginda sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan selawat syifa’.
Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah amat menitikberatkan kesihatan manusia dari segi kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Setiap sesuatu yang dihalalkan syariat sudah pasti dapat memanfaatkan manusia manakala setiap sesuatu yang diharamkan pula adalah disebabkan Allah mengetahui ia amat memudaratkan kesihatan manusia.

Pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’ dapat dinilaikan bahawa penjagaan makan minum sangat penting untuk kesihatan manusia. Apabila seseorang individu itu mengetahui konsep penjagaan kesihatan, mereka akan dapat mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik.

Jadi..kenapa kita perlu berkira dengan diri sendiri? Badan kita ni nak guna lama. Kalau kasut, handbag dan baju2 semua sanggup beli yang mahal yang berkualiti tinggi, kenapa kita tak sanggup melabur untuk diri sendiri?Melabur untuk kesihatan diri sendiri. Badan sihat pasti hidup lebih gembira.

Makanan tambahan sangat penting sekarang kerana kebanyakan ramuan masakan kita adalah segera. Banyak nutrisi yang tak cukup yang boleh dicukupkan dengan pengambilan makanan tambahan. Kan lebih baik mencegah daripada mengubati? :)

Shaklee mempunyai pelbagai produk makanan tambahan yang boleh membantu semua untuk mendapat segala nutrisi yang diperlukan. Dapatkan segera untuk kesihatan yang lebih baik agar kehidupan menjadi lebih sempurna. Tak guna duit banyak tapi badan tak sihat. :)

AINUL HUSNA YAHYA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (1001611)
0133883495