Teknik tepukan percussion boleh membantu meredakan batuk
bayi. Ibu dan ayah wajib mengetahui caranya.
Bayi yang mengalami batuk dan selesema menghadapi kesukaran
untuk mengeluarkan kahak dan hingus. Jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan ia
akan menjadi punca penyakit seperti bronkitis. Penyakit ini kerap menyerang
kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana masih belum berkeupayaan
mengeluarkan kahak sendiri.
Untuk meredakan batuk bayi, ibu dan ayah boleh mencuba
fisioterapi iaitu teknik tepukan yang dinamakan ‘percussion’ ke atas bayi anda.
TEKNIK TEPUKAN MELONGGARKAN KAHAK
Untuk melakukan teknik tepukan terdapat beberapa posisi yang
perlu dilakukan ( rujuk langkah demi langkah teknik tepukan). Teknik tepukan
ini memerlukan anda membentuk tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah).
Untuk melakukan tepukan, gunakan kekuatan dari pergelangan tangan dan tepukan
perlahan di belakang anak anda dan beberapa bahagian badan (rujuk langkah demi
langkah teknik tepukan).
Untuk bayi, gunakan tepukan yang menggunakan dua jari kerana
paru-parunya masih kecil. Manakala bagi anak yang berusia setahun ke atas
tepukan boleh dilakukan dengan tapak tangan seakan-akan cawan (cupping).
Tujuan menepuk adalah untuk melnggarkan kahak di dalam
paru-paru. Bagaimanapun sebelum melakukan teknik ini pastikan bayi ‘puasa’
setengah jam hingga sejam bagi mengelakkan bayi muntah susu.
LANGKAH DEMI LANGKAH TEPUKAN PERCUSSION
Tepukan yang menggunakan dua jari ialah bagi bayi. Manakala
cupping manggunakan tapak tangan untuk yang berusia setahun ke atas. Tepukan
perlu perlahan tetapi dalam frekuensi yang laju.
1.
Pegang bayi dalam keadaan selesa. Kemudian
dudukkan bayi pada kedudukan 45 darjah dan mula melakukan tepukan untuk bahagian
kiri dan kanan. Lakukan dengan menggunakan dua jari selama 10 hingga 15 minit.
Untuk memberi keselesaan, letakkan bantal di bahagian belakang bayi.
2.
Dalam posisi sama, tepukan turut dilakukan pada
bahagian belakang bayi kiri dan kanan dengan menggunakan dua jari selama tiga
hingga lima minit.
3.
Teknik seterusnya ialah posisi meniarap.
Letakkan bantal di bawa perut , pastikan bantal tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki
ke atas. Pastikan kaki lurus. Pastikan juga mukanya dalam keadaan yang selesa.
Tepuk di bahagian belakang bayi di kiri dan kanan selama 10 hingga 15 minit.
4.
Bagi posisi ini, bayi dalam kedudukan mengiring
ke kanan. Tepukan dilakukan pada bahagian bawah ketiak dan atas sikit dari
bahagian pusat selama 10 hingga 15 minit. Lakukan cara yang sama untuk bahagian
kiri.
5.
Masih posisi sama, tepuk pada bahagian tepi
tulang belakang bayi mengikut masa yang sama bagi bahagian kiri dan kanan.
6.
Baringkan bayi dengan kedudukan kaki di atas
sedikit. Tepuk pada bahagian paru-paru kiri dan kanan selama 10 hingga 15 minit.
*Biasanya dalam tempoh satu jam selepas selesai proses
tepukan percussion, bayi akan batuk atau bersin seterusnya muntah mengeluarkan
kahak. Jika tertelan, jangan risau kerana ia akan keluar melalui najis.
Kredit artikel asal: Majalah Pa&Ma
No comments:
Post a Comment