Tuesday 22 January 2019

Apa itu G6PD?


     G6PD ( glucose-6-phosphate-dehydrogenase) ialah sejenis enzim di dalam sel darah merah. Ia berfungsi melindungi sel darah merah daripada termusnah lebih awal.


     G6PD dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan dengan mengambil sedikit sampel darah dari tali pusat untuk diuji di makmal. Sekiranya bayi didapati mengalami masalah ini, bayi perlu segera dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya lima hari untuk pemerhatian. Pemerhatian di wad sangat penting kerana bayi yang kekurangan enzim G6PD boleh mengalami jaundis yang teruk yang boleh menyebabkan kecacatan otak, pendengaran dan kematian.

     Terdapat sesetengah bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dan orang yang mengalami kekurangan enzim G6PD tidak dapat melindungi sel darah merah daripada termusnah. Elakkan ubat, makanan atau keadaan berikut yang boleh menyebabkan anak-anak kekurangan G6PD mengalami hemolisis (iaitu keadaan di mana sel darah merah pecah dan kelihatan pucat):


·         Kacang parang (‘Fava beans’ juga dikenali sebagai kacang sepat atau kacang itik)
·         Ubat gegat
·         Ubat-ubatan dikenalpasti menyebabkan hemolisis seperti Acetanilide, furazolidone, nalidixic acid, niridalazole, nitrofuranntoin, phenazopyridine, primaquine, sulfamethoxazole, methylene blue
·         Nila
·         Ibu yang meyusukan bayi kekurangan G6PD juga perlu mengelak dari memakan jamu atau ubat herba lain

     Jika bayi atau anak-anak yang kekurangan G6PD terambil atau terdedah kepada bahan terlarang yang disebutkan di atas, anak tersebut akan mengalami hemolisis di mana sel darah merahnya termusnah. Tanda-tandanya ialah menjadi pucat, kuning, air kencing berwarna teh pekat seperti coca-cola, dan ada juga yang mengalami sesak nafas. Segeralah berjumpa dengan doktor mahupun anggota kesihatan.

     Bayi atau anak-anak yang kekurangan enzim G6PD boleh hidup normal seperti kanak-kanak lain. Mereka cuma perlu mengelakkan daripada terdedah dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan hemolisis. Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat dan bukan penyakit berjangkit. Ianya diwarisi secara genetik dan biasanya melibatkan kanak-kanak lelaki.

     Jika bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD, pihak hospital akan membekalkan sekeping kad yang mempunyai serba sedikit penerangan mengenai G6PD. Ibubapa perlu menyimpan kad tersebut sebaiknya. Kad tersebut perlu ditunjukkan setiap kali mengunjungi doktor atau anggota kesihatan.



    Semua balm Tasneem Naturel selamat digunakan oleh bayi yang mengalami kekurangan enzim G6PD kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya dan perlu dielakkan oleh bayi G6PD.

Sumber : Beutler E Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency-current Concepts.
                 New Engi Med 1991 ; 324(3) : 169-174


No comments:

Post a Comment