Ibu-ibu pasti risau dan susah hati jika anak-anak batuk.
Kadang-kadang dah bawa ke klinik pun, keadaan masih sama. Batuk masih tak
hilang.
Meh Cikna nak share 7 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan
Kanak-kanak .
1. Rehatkan Anak Secukupnya
Ibu bapa perlu mengelakkan bawa anak keluar
ke tempat-tempat sesak dan ramai orang kerana anak akan berasa terlalu letih
dan ini akan melambatkan proses penyembuhan. Selain itu, ianya juga akan
menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain.
2. Tepuk Percussion
Teknik ini memudahkan pengeluaran kahak
dari paru-paru. Cara ini untuk melonggarkan kahak yang melekat pada dinding
paru-paru. Selain itu, cara ini memerlukan ibu dan ayah menguasai skill cara
tepuk yang betul. Boleh baca di sini unutk info lanjut.
3. Mandian Lemon
Petua ini menghilangkan batuk secara
mandian di samping dapat mengeringkan hingus bayi. Caranya, letakkan beberapa
hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu
mengeringkan hingus bayi.
4. Urutan
Kajian menunjukkkan bahawa urutan mampu
memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah
dijaga kerana jarang meragam.
5. Sedut Hingus
Ibu bapa boleh mengeluarkan kahak anak
dengan cara menedut hingus anak dengan cara menyedut hingus tersebut
menggunakan alat penyedut hingus. Alat ini boelh didapati di farmasi dan
klinik.
6. Jaga pemakanan
Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya,
ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat seperti sup ayam dan daging.
Ini bagi menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi
sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap
walaupun anak batuk dan selesema.
7. Gunakan CFRUB
Caranya lebih mudah dan pantas, ibu boleh
gunakan balm cfrub dari Tasneem Naturel. Balm ini diekstrak daripada bahan
semulajadi seperti kulit kayu putih, tea tree, lemon dan cypress bagi meredakan
batuk dan selesema anak kecil.
No comments:
Post a Comment