Thursday 24 January 2019

Tips Atasi Masalah Kembung Perut Bayi


1         Ketidakselesaan perut dikalangan bayi boleh menyebabkan bayi meragam dan menangis. Bagi ibu yang baru melahirkan, hal ini amat merunsingkan. Di sini, Cikna nak share beberapa tips bagi mengatasi masalah kembung perut bayi. Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.


.       Teknik penyususan betul
     Sekiranya bayi menyusu badan, anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
     Pada awal kelahiran, bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan mengetahui posisi penyusuan yang betul.
     Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena ‘nipple crack’ yang amat pedih!


 Sumber : Dreamstime 


2.       Pastikan puting susu bersesuaian
     Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
     Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.


Sumber : Today


3.       Tukar susu formula
     Sekiranya anak anda minum susu formula, mungkin anak anda alah terhadap susu formula tertentu disebabkan kandungan laktosa, protein susu lembu atau ususnya belum matang.
    Bertukarlah kepada susu formula lain atau berikan susu formula berasaskan susu soya atau susu kambing sekiranya anak anda alah pada susu lembu.
    Lebih baik jika anda dapatkan ibu susuan yang mempunyai lebihan stok susu sekiranya anda tidak dapat menyusukan sendiri anak anda.


4.       Sendawakan bayi selepas menyusu
     Bayi yang kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
     Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya.
     Muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.


Sumber : Mithali Mom


5.       Elakkan makanan berangin bagi ibu yang menyusu 
     Ibu yang menyusukan bayi perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang dikatakan ‘berangin’ bagi mengelakkan bayi kembung perut.
     Antaranya ialah kobis, brokoli, kafein, labu, kentang, bunga kobis, petai dan pucuk paku.


Bunga kobis berkhasiat tetapi dikatakan salah satu makanan yang 'berangin'


6.       Mengurut bayi menggunakan minyak aromaterapi
     Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Anda boleh menggunakan balm TRUB. Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu keselesaan sehingga bayi berhenti menangis.
     Bagi yang beragama Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir dan doa. Semoga mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
     Tapi, pastikan anda mengetahui cara mengurut bayi yang betul.


     Untuk dapatkan balm TRUB, anda boleh klik di sini atau hubungi nombor ini 013-3883495.


Bayi kembung perut tidak bahaya kecuali...

     Umumya, masalah kembung perut pada bayi tidak bahaya melainkan apabila ia muncul dengan tanda penyakit lain seperti muntah, perut buncitcirit-biritsembelit, atau demam. Ia juga tidak akan menimbulkan kesan sampingan pada masa akan datang.
     Hanya anda yang tahu betapa mencabarnya menangani masalah tangisan anak berterusan, lebih-lebih lagi jika anda sedang berpantang di rumah ibu atau mertua. Kebanyakan ibu akan menjadi tertekan kerana malu tidak dapat mendiamkan anak mereka sendiri.
     Jadi, cuba tarik nafas yang panjang dan fokuskan terhadap bayi anda. Jangan fikirkan tentang perkara lain. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa bimbang dan mengesyaki ada masalah lain pada bayi anda.





Wednesday 23 January 2019

13 Petua Hilangkan Kuning Bayi

     Demam kuning atau jaundis meresahkan hati ibu yang baru melahirkan. tak sanggup rasanya melihat anak menangis kesakitan ketika diambil darah setiap hari. di sini, Cikna nak share petua untuk hilangkan jaundis.


1.       Rawatan fototerapi
     Rawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi. Namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.
     Untuk rawatan ini, bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi.
     Kebiasaannya, ia dilakukan di hospital dan bayi akan diletakkan di bawah lampu hampir sepanjang masa. Mata bayi akan ditutup bagi mengelakkan terkena sinaran lampu yang dekat. Kedudukan bayi pula akan diubah daripada masa ke semasa bagi memastikan kesemua bahagian badannya terkena sinaran tersebut.

2.       Elakkan warna kuning
     Elakkan memakaikan bayi yang terkena jaundis dengan pakaian berwarna kuning. Selain itu, cadar bayi, tilam, bantal, dan segala peralatan bayi elakkan yang berwarna kuning. Ibu juga elakkan berpakaian kuning ketika tiga hari pertama selepas kelahiran bayi. Petua ini Cikna dapat daripada orang tua di kampung.

3.       Susukan bayi dengan kerap
     Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu.

4.       Mandikan dengan daun inai
    Masukkan daun inai ke dalam air suam. Ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi setiap pagi sehingga kuning hilang.

5.       Minum pati kurma
    Ibu boleh amalkan minum pati kurma. Ambil pati kurma dua sudu sehari iaitu sesudu pagi dan sesudu malam. Kalau tiada pati kurma, makan buah kurma pun boleh. Kurma juga salah satu milkbooster.

6.       Elakkan jamu dan herba
    Jika anak disahkan menghidap jaundis, ibu perlu elakkan daripada mengambil sebarang jamu dan herba. Ini kerana jamu dan herba bersifat panas dan menyebabkan kuning lambat hilang. halia dan lada hitam termasuk di dalam kumpulan herba dan perlu dielakkan.

7.       Mandikan dengan asam jawa dan daun kucai
    Caranya, ambil segenggam asam jawa, ramas & tapis. Ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.

8.       Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi
     Awal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja, lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik.

9.       Mandikan bayi dengan air bunga
    Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah mandikan bayi dengan air bunga yang tidak bergetah seperti bunga mawar.

10.   Mandikan bayi dengan ginseng
    Dapatkan ginseng di kedai ubat cina. Rebus dan mandikan bayi anda.

11.   Mandikan bayi dengan air rebusan pokok dukung anak.
    Ambil segenggam pokok dukung anak. Rebus sehingga mendidih. Apabila suam, mandikan bayi anda. insyaAllah kuning akan berkurang.

12.   Mandikan bayi dengan air teh
     Ketika hendak mandikan bayi, masukkan air teh ke dalam air mandian bayi. Tapi, jangan guna air teh yang siap bergula pula ye. Nanti bersemut pula.

13.   Gunakan balm TRUB dari Tasneem Naturel
     Kandungan EO di dalam balm TRUB seperti anise, juniper, fennel dan lemongrass membantu proses pencernaan dan menjadikan bayi anda lawas membuang. Apabila bayi kerap membuang air besar, bacaan birilubin di dalam darah lebih cepat turun.
    Balm TRUB digunakan dengan menyapu balm ke perut dan tapak kaki bayi. Urutan ‘ I Love U’ turut dilakukan ke perut bayi.
    Untuk mendapatkan balm TRUB, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3883495 atau klik di sini.





Sumber : Bidadari.my

Tuesday 22 January 2019

Apa itu G6PD?


     G6PD ( glucose-6-phosphate-dehydrogenase) ialah sejenis enzim di dalam sel darah merah. Ia berfungsi melindungi sel darah merah daripada termusnah lebih awal.


     G6PD dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan dengan mengambil sedikit sampel darah dari tali pusat untuk diuji di makmal. Sekiranya bayi didapati mengalami masalah ini, bayi perlu segera dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya lima hari untuk pemerhatian. Pemerhatian di wad sangat penting kerana bayi yang kekurangan enzim G6PD boleh mengalami jaundis yang teruk yang boleh menyebabkan kecacatan otak, pendengaran dan kematian.

     Terdapat sesetengah bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dan orang yang mengalami kekurangan enzim G6PD tidak dapat melindungi sel darah merah daripada termusnah. Elakkan ubat, makanan atau keadaan berikut yang boleh menyebabkan anak-anak kekurangan G6PD mengalami hemolisis (iaitu keadaan di mana sel darah merah pecah dan kelihatan pucat):


·         Kacang parang (‘Fava beans’ juga dikenali sebagai kacang sepat atau kacang itik)
·         Ubat gegat
·         Ubat-ubatan dikenalpasti menyebabkan hemolisis seperti Acetanilide, furazolidone, nalidixic acid, niridalazole, nitrofuranntoin, phenazopyridine, primaquine, sulfamethoxazole, methylene blue
·         Nila
·         Ibu yang meyusukan bayi kekurangan G6PD juga perlu mengelak dari memakan jamu atau ubat herba lain

     Jika bayi atau anak-anak yang kekurangan G6PD terambil atau terdedah kepada bahan terlarang yang disebutkan di atas, anak tersebut akan mengalami hemolisis di mana sel darah merahnya termusnah. Tanda-tandanya ialah menjadi pucat, kuning, air kencing berwarna teh pekat seperti coca-cola, dan ada juga yang mengalami sesak nafas. Segeralah berjumpa dengan doktor mahupun anggota kesihatan.

     Bayi atau anak-anak yang kekurangan enzim G6PD boleh hidup normal seperti kanak-kanak lain. Mereka cuma perlu mengelakkan daripada terdedah dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan hemolisis. Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat dan bukan penyakit berjangkit. Ianya diwarisi secara genetik dan biasanya melibatkan kanak-kanak lelaki.

     Jika bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD, pihak hospital akan membekalkan sekeping kad yang mempunyai serba sedikit penerangan mengenai G6PD. Ibubapa perlu menyimpan kad tersebut sebaiknya. Kad tersebut perlu ditunjukkan setiap kali mengunjungi doktor atau anggota kesihatan.



    Semua balm Tasneem Naturel selamat digunakan oleh bayi yang mengalami kekurangan enzim G6PD kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya dan perlu dielakkan oleh bayi G6PD.

Sumber : Beutler E Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency-current Concepts.
                 New Engi Med 1991 ; 324(3) : 169-174


Sumber Semulajadi Tambah Susu Ibu


     



    Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu buat si manja sehingga dua tahun, terdapat banyak faktor perlu diambil perhatian. Ini termasuk hal pemakanan. Ketahui beberapa jenis makanan dan cara penyediaannya agar dapat membantu anda menambah susu ibu.


·         Lobak putih
Sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dijadikan jus untuk diminum.

·         Lobak merah
Boleh dijadikan bahan asas hidangan salad mahupun dicampur bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur.

·         Sawi
Sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur yang lain.

·         Kucai
Seringkali menjadi bahan yang dimasak bersama kue teow, cucur udang dan lain-lain. Boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu.

·         Pucuk manis
Lazat dimasak gulai lemak mahupun tumis air.

·         Geti
Sayur ini biasanya dijadikan bahan masak lemak atau tumis air.

·         Pegaga
Lazimnya, ia dijadikan sebagai ulam.

·         Peria
Boleh dicelur menjadi ulam mahupun dimask bersama sayur-sayur lain.

·         Jantung pisang
Boleh dihidangkan sama ada secara celur, dijadikan kerabu mahupun dimasak gulai lemak.

·         Oren
Enak dimakan begitu saja atau dijadikan jus segar.

·         Betik
Pucuk betik atau betik muda dicelur dan dijadikan ulam.

·         Halba
Biasanya halba direndam dan airnya diminum. Ada juga yang lebih gemar mencampurkan halba dalam masakan.

·         Jintan hitam
Anda boleh menggunakannya sebagai bahan asas masakan tertentu seperti sup, masak kicap dan lain-lain.

·         Barli
Selain dibuat minuman, anda boleh juga masak bubur barli.

·         Oat
Selain dibuat bubur atau dicampurkan di dalam minuman panas, anda boleh menggunakannnya untuk menyalut makanan goreng seprti ayam dan roti.

·         Kurma
Ia boleh dimakan begitu saja atau dikisar bersama susu segar.

·         Longan kering
Enak dijadikan minuman harian. Anda boleh merebusnya bersama kurma, kismis dan barli. Lebih sedap jika direbus bersama gula merah.

·         Tauhu dan tempe
Digoreng saja atau dicampur ke dalam masakan lain.

·         Susu
Diminum begitu saja atau dijadikan smoothie

·         Keju
Boleh dijadikan bahan asas di dalam kek, roti dan sebagainya selain dimakan begitu sahaja.

·         Kacang soya
Lazat diminum begitu sahaja.


Sumber : Majalah Pa&Ma Ogos 2013

Saturday 19 January 2019

FAQ Tasneem Naturel


1.    Q : Siapa yang boleh guna balm TN?

: Balm TN boleh sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.

2.    Q : Newborn boleh guna ke?

: Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima.

3.    Q : Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 

: Kami tidak menyarankan kpd bayi pramatang. (Kelahiran dibawah 37wks), kerana hati (organ) sikecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan. Kami sarankan bayi pramatang menggunakan balm TN selepas berumur enam bulan.

4.    Q : Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?

: Kami sarankan puan ikhtiar dengan TRUB. TRUB membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat dinyahkan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan TRUB.
Adapun kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.

5.    Q : Balm ini panas tak?

: Balm tidak panas.

6.    Q : Berat balm berapa? Tahan berep lama?

: Balm shj 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.

7.    Q : Balm ada expired date?

: 1 tahun lepas buka, 2 tahun jika belum dibuka

8.    Q : Sijil KKM ada tak?

:Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.

Sleep: NOT 180903344 K

Calm: NOT 180903431 K

CFRUB : NOT 180903457 K

TRUB : NOT 180903474 K

Skeenz : NOT 180903466 K

9.    Q : Ibu mengandung boleh guna?

       A : Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandungkan.

10.  Q : Sleep tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki..kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi?

      : Tapak Kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.

11.  Q : Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?

: Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.

12.  Q : Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?

: Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.

13.  Q : Sejauh mana dan berapa lama ketahanan calm dan sleep tu berfungsi pada bayi?

A : Balm ini bukan ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya.
Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.

14.  Q : Kenapa lepas saya guna CFRUB anak jadi kerap muntah? Selesema pun asyik meleleh je

: Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CFRUB balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut.
Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.

15.  Q : Kenapa sleep balm tak boleh sapu banyak?

: Dalam sleep balm, ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar.
Biasa anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis shj untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 

16.  Q : Balm ini boleh guna serentak ke?

: Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu shj.

17.  Q : Anak g6pd boleh guna?

: Boleh puan. Tidak mendatangkan bahaya.

18.  Q : Anak ekzema boleh guna?

: Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pada individu juga. Boleh gunakan balm skeenz.

19.  Q : Bayi saya naik ruam selepas sapu CFRUB. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CFRUB tiada naik ruam pula. Kenapa ya?

      A : Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dlm CFRUB. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya.
Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.

20.  Q : Anak saya ada alergy. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?

       A : Cuba test sapu dipelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.


13 Persediaan Penyusuan Sejak Hamil


     Jika ibu-ibu berniat mahu menyusukan anak sepenuhnya sejak lahir hingga cukup dua tahun, ibu-ibu mestilah melakukan beberapa persediaan. Persediaan dari segi ilmu, fizikal, dan juga emosi.

Persediaan ilmu

1.       Kelas penyusuan

     Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.
     Jadi, ada baiknya anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh sertai kelas-kelas penyusuan yang sering diadakan di hospital mahupun klinik. Anda juga boleh sertai kelas berbayar yang dianjurkan oleh kaunselor laktasi.
     Ajaklah suami bersama-sama sertai kelas ini agar dia juga dapat memahami konsep penyusuan susu ibu dan dapat memberi sokongan yang anda perlukan nanti.

2.       Kumpul maklumat

     Cari sebanyak mungkin maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Hal ini penting agar anda faham konsep asas penyusuan iaitu ‘supply vs demand’. Selain menyertai kelas penyusuan, anda boleh dapatkan maklumat melalui pembacaan di majalah, buku, blog dan juga laman web.

3.       Nombor telefon

     Dapatkan nombor telefon kaunselor laktasi yang berhampiran kawasan anda kerana anda mungkin memerlukannya ketika menghadapi sebarang masalah berkaitan penyusuan. Sediakan terlebih awal agar anda tidak kelam-kabut mencari apabila keadaan memerlukan.

4.       Sertai komuniti

     Di Malaysia terdapat banyak kelab mahupun forum yang bermatlamat menyokong penyusuan susu ibu. Anda boleh sertai mereka dalam mendapatkan maklumat mahupun bantuan mengenai penyusuan. Salah satunya ialah group di facebook iaitu Happy Breastfeeding Malaysia. Sertai mereka, dan anda akan dapat mengenali ramai ibu-ibu yang sangat menyokong antara satu sama lain di dalam kumpulan tersebut.

Persediaan fizikal

5.       Pemakanan sihat

     Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu ia memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik melahirkan nanti. Tapi, anda perlu pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

6.       Pilihan hospital

     Pilihlah hospital yang meyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Bincang dengan doktor anda mengenai rancangan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh dapatkan nasihat mengenai penyusuan daripada doktor.

7.       Peralatan penyusuan

     Persediaan peralatan penyusuan sangat penting terutamanya bagi ibu yang berkerja agar proses penyusuan selama dua tahun akan berjalan lancar.
     Antaranya ialah nursing bra, breastpad, pam, cooler bag dan storage bottle.

8.       Kebersihan puting

     Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk membersihkannya. Langkah ini sangat penting terutamanya pada trimester terakhir kerana kolostrum telah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat dan menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan lancar seterusnya boleh menyebabkan bengkak susu.

9.       Kenali payudara

     Anda perlu mengenali payudara anda sendiri. Ia membeolehkan anda mengetahui sama ada anda mempunyai puting yang normal mahupun puting tenggelam. Ini memudahkan anda untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Persediaan emosi

10.   Niat

     Pasang niat dan berazam untuk menyusukan anak yang bakal lahir sejak awal kehamilan lagi. Niat dan azam yang kuat memang sangat penting kerana tanpanya anda mungkin tak kuat untuk menghadapi cabaran-cabran ketika proses penyusuan.

11.   Berdoa

     Sentiasa berdoa dipermudahkan proses penyusuan anak anda.

12.   Sokongan

     Kongsi niat anda untuk menyusukan anak anda dengan suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan sokongan daripada mereka terutamanya suami anda. Sokongan bukan sekadar mengiakna sahaja hasrat anda, tetapi lebih daripada itu. Berbincanglah dengan suami sebaik-baiknya.

13.   Yakin

     Sentiasa berfikiran positif yang anda akan berjaya untuk menyusukan anak anda kelak. Yakinlah bahawa anda dapat susukan anak sejurus dia lahir dan yakinlah bahawa susu anda cukup untuk memenuhi keperluannya.



Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2013