Showing posts with label trub. Show all posts
Showing posts with label trub. Show all posts

Thursday, 24 January 2019

Tips Atasi Masalah Kembung Perut Bayi


1         Ketidakselesaan perut dikalangan bayi boleh menyebabkan bayi meragam dan menangis. Bagi ibu yang baru melahirkan, hal ini amat merunsingkan. Di sini, Cikna nak share beberapa tips bagi mengatasi masalah kembung perut bayi. Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.


.       Teknik penyususan betul
     Sekiranya bayi menyusu badan, anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
     Pada awal kelahiran, bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan mengetahui posisi penyusuan yang betul.
     Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena ‘nipple crack’ yang amat pedih!


 Sumber : Dreamstime 


2.       Pastikan puting susu bersesuaian
     Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
     Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.


Sumber : Today


3.       Tukar susu formula
     Sekiranya anak anda minum susu formula, mungkin anak anda alah terhadap susu formula tertentu disebabkan kandungan laktosa, protein susu lembu atau ususnya belum matang.
    Bertukarlah kepada susu formula lain atau berikan susu formula berasaskan susu soya atau susu kambing sekiranya anak anda alah pada susu lembu.
    Lebih baik jika anda dapatkan ibu susuan yang mempunyai lebihan stok susu sekiranya anda tidak dapat menyusukan sendiri anak anda.


4.       Sendawakan bayi selepas menyusu
     Bayi yang kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
     Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya.
     Muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.


Sumber : Mithali Mom


5.       Elakkan makanan berangin bagi ibu yang menyusu 
     Ibu yang menyusukan bayi perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang dikatakan ‘berangin’ bagi mengelakkan bayi kembung perut.
     Antaranya ialah kobis, brokoli, kafein, labu, kentang, bunga kobis, petai dan pucuk paku.


Bunga kobis berkhasiat tetapi dikatakan salah satu makanan yang 'berangin'


6.       Mengurut bayi menggunakan minyak aromaterapi
     Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Anda boleh menggunakan balm TRUB. Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu keselesaan sehingga bayi berhenti menangis.
     Bagi yang beragama Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir dan doa. Semoga mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
     Tapi, pastikan anda mengetahui cara mengurut bayi yang betul.


     Untuk dapatkan balm TRUB, anda boleh klik di sini atau hubungi nombor ini 013-3883495.


Bayi kembung perut tidak bahaya kecuali...

     Umumya, masalah kembung perut pada bayi tidak bahaya melainkan apabila ia muncul dengan tanda penyakit lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit, sembelit, atau demam. Ia juga tidak akan menimbulkan kesan sampingan pada masa akan datang.
     Hanya anda yang tahu betapa mencabarnya menangani masalah tangisan anak berterusan, lebih-lebih lagi jika anda sedang berpantang di rumah ibu atau mertua. Kebanyakan ibu akan menjadi tertekan kerana malu tidak dapat mendiamkan anak mereka sendiri.
     Jadi, cuba tarik nafas yang panjang dan fokuskan terhadap bayi anda. Jangan fikirkan tentang perkara lain. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa bimbang dan mengesyaki ada masalah lain pada bayi anda.





Wednesday, 23 January 2019

13 Petua Hilangkan Kuning Bayi

     Demam kuning atau jaundis meresahkan hati ibu yang baru melahirkan. tak sanggup rasanya melihat anak menangis kesakitan ketika diambil darah setiap hari. di sini, Cikna nak share petua untuk hilangkan jaundis.


1.       Rawatan fototerapi
     Rawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi. Namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.
     Untuk rawatan ini, bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi.
     Kebiasaannya, ia dilakukan di hospital dan bayi akan diletakkan di bawah lampu hampir sepanjang masa. Mata bayi akan ditutup bagi mengelakkan terkena sinaran lampu yang dekat. Kedudukan bayi pula akan diubah daripada masa ke semasa bagi memastikan kesemua bahagian badannya terkena sinaran tersebut.

2.       Elakkan warna kuning
     Elakkan memakaikan bayi yang terkena jaundis dengan pakaian berwarna kuning. Selain itu, cadar bayi, tilam, bantal, dan segala peralatan bayi elakkan yang berwarna kuning. Ibu juga elakkan berpakaian kuning ketika tiga hari pertama selepas kelahiran bayi. Petua ini Cikna dapat daripada orang tua di kampung.

3.       Susukan bayi dengan kerap
     Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu.

4.       Mandikan dengan daun inai
    Masukkan daun inai ke dalam air suam. Ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi setiap pagi sehingga kuning hilang.

5.       Minum pati kurma
    Ibu boleh amalkan minum pati kurma. Ambil pati kurma dua sudu sehari iaitu sesudu pagi dan sesudu malam. Kalau tiada pati kurma, makan buah kurma pun boleh. Kurma juga salah satu milkbooster.

6.       Elakkan jamu dan herba
    Jika anak disahkan menghidap jaundis, ibu perlu elakkan daripada mengambil sebarang jamu dan herba. Ini kerana jamu dan herba bersifat panas dan menyebabkan kuning lambat hilang. halia dan lada hitam termasuk di dalam kumpulan herba dan perlu dielakkan.

7.       Mandikan dengan asam jawa dan daun kucai
    Caranya, ambil segenggam asam jawa, ramas & tapis. Ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.

8.       Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi
     Awal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja, lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik.

9.       Mandikan bayi dengan air bunga
    Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah mandikan bayi dengan air bunga yang tidak bergetah seperti bunga mawar.

10.   Mandikan bayi dengan ginseng
    Dapatkan ginseng di kedai ubat cina. Rebus dan mandikan bayi anda.

11.   Mandikan bayi dengan air rebusan pokok dukung anak.
    Ambil segenggam pokok dukung anak. Rebus sehingga mendidih. Apabila suam, mandikan bayi anda. insyaAllah kuning akan berkurang.

12.   Mandikan bayi dengan air teh
     Ketika hendak mandikan bayi, masukkan air teh ke dalam air mandian bayi. Tapi, jangan guna air teh yang siap bergula pula ye. Nanti bersemut pula.

13.   Gunakan balm TRUB dari Tasneem Naturel
     Kandungan EO di dalam balm TRUB seperti anise, juniper, fennel dan lemongrass membantu proses pencernaan dan menjadikan bayi anda lawas membuang. Apabila bayi kerap membuang air besar, bacaan birilubin di dalam darah lebih cepat turun.
    Balm TRUB digunakan dengan menyapu balm ke perut dan tapak kaki bayi. Urutan ‘ I Love U’ turut dilakukan ke perut bayi.
    Untuk mendapatkan balm TRUB, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3883495 atau klik di sini.





Sumber : Bidadari.my

Saturday, 12 January 2019

Kenali Balm Tasneem Naturel - TRUB


     Balm TRUB merupakan balm yang digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah kembung perut, sembelit, cirit-birit, gastrik dan masalah penghadaman.





     Di dalam balm TRUB terdapat 8 jenis essential oil (EO) yang di blend untuk memberi kesan dan manfaat yang optimum kepada pengguna. 8 jenis EO tersebut ialah:

1.       Anise – bersifat antiseptik. Ia membantu proses pencernaan dan mengurangkan kekejangan otot perut.

2.       Ginger – merangsang penghasilan jus gastrik dan air liur yang membantu proses penghadaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Ia juga membantu membuang toksik dari badan

3.       Lemongrass – mencegah penghasilan gas berlebihan di dalam usus, mengurangkan masalah usus dan meningkatkan fungsi sistem penghadaman.

4.       Fennel – merupakan antipasmodic berkesan yang bertindak ke atas otot licin di dalam perut dan usus. Ia juga menangani masalah gastrik dan ketidakselesaan perut

5.       Juniper – bersifat antibakteria. Ia membantu mencegah jangkitan bakteria pada saluran kencing dan membantu meransang enzim pencernaan.

6.       Wildmint – membantu masalah gastrik dan membantu merawat masalah kembung, masalah pencernaan, pundi hempedu dan batuk.

7.       Patchouli – bersifat antiseptik. Dapat membantu merawat keradangan dan masalah kemurungan.

8.       Tangerine – aroma citrus yang menyegarkan dapat mengurangkan rasa loya dan bantu merawat masalah insomnia.






     Cara penggunaan balm trub ialah:






Antara feedback positif yang diterima daripada ibu-ibu yang telah menggunakan balm trub








     Haa..korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan balm trub ni sekarang. Hubungi Cikna di 013-3883495 atau klik di sini untuk pembelian.