Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, 22 January 2019

Sumber Semulajadi Tambah Susu Ibu


     



    Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu buat si manja sehingga dua tahun, terdapat banyak faktor perlu diambil perhatian. Ini termasuk hal pemakanan. Ketahui beberapa jenis makanan dan cara penyediaannya agar dapat membantu anda menambah susu ibu.


·         Lobak putih
Sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dijadikan jus untuk diminum.

·         Lobak merah
Boleh dijadikan bahan asas hidangan salad mahupun dicampur bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur.

·         Sawi
Sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur yang lain.

·         Kucai
Seringkali menjadi bahan yang dimasak bersama kue teow, cucur udang dan lain-lain. Boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu.

·         Pucuk manis
Lazat dimasak gulai lemak mahupun tumis air.

·         Geti
Sayur ini biasanya dijadikan bahan masak lemak atau tumis air.

·         Pegaga
Lazimnya, ia dijadikan sebagai ulam.

·         Peria
Boleh dicelur menjadi ulam mahupun dimask bersama sayur-sayur lain.

·         Jantung pisang
Boleh dihidangkan sama ada secara celur, dijadikan kerabu mahupun dimasak gulai lemak.

·         Oren
Enak dimakan begitu saja atau dijadikan jus segar.

·         Betik
Pucuk betik atau betik muda dicelur dan dijadikan ulam.

·         Halba
Biasanya halba direndam dan airnya diminum. Ada juga yang lebih gemar mencampurkan halba dalam masakan.

·         Jintan hitam
Anda boleh menggunakannya sebagai bahan asas masakan tertentu seperti sup, masak kicap dan lain-lain.

·         Barli
Selain dibuat minuman, anda boleh juga masak bubur barli.

·         Oat
Selain dibuat bubur atau dicampurkan di dalam minuman panas, anda boleh menggunakannnya untuk menyalut makanan goreng seprti ayam dan roti.

·         Kurma
Ia boleh dimakan begitu saja atau dikisar bersama susu segar.

·         Longan kering
Enak dijadikan minuman harian. Anda boleh merebusnya bersama kurma, kismis dan barli. Lebih sedap jika direbus bersama gula merah.

·         Tauhu dan tempe
Digoreng saja atau dicampur ke dalam masakan lain.

·         Susu
Diminum begitu saja atau dijadikan smoothie

·         Keju
Boleh dijadikan bahan asas di dalam kek, roti dan sebagainya selain dimakan begitu sahaja.

·         Kacang soya
Lazat diminum begitu sahaja.


Sumber : Majalah Pa&Ma Ogos 2013

Saturday, 19 January 2019

13 Persediaan Penyusuan Sejak Hamil


     Jika ibu-ibu berniat mahu menyusukan anak sepenuhnya sejak lahir hingga cukup dua tahun, ibu-ibu mestilah melakukan beberapa persediaan. Persediaan dari segi ilmu, fizikal, dan juga emosi.

Persediaan ilmu

1.       Kelas penyusuan

     Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.
     Jadi, ada baiknya anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh sertai kelas-kelas penyusuan yang sering diadakan di hospital mahupun klinik. Anda juga boleh sertai kelas berbayar yang dianjurkan oleh kaunselor laktasi.
     Ajaklah suami bersama-sama sertai kelas ini agar dia juga dapat memahami konsep penyusuan susu ibu dan dapat memberi sokongan yang anda perlukan nanti.

2.       Kumpul maklumat

     Cari sebanyak mungkin maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Hal ini penting agar anda faham konsep asas penyusuan iaitu ‘supply vs demand’. Selain menyertai kelas penyusuan, anda boleh dapatkan maklumat melalui pembacaan di majalah, buku, blog dan juga laman web.

3.       Nombor telefon

     Dapatkan nombor telefon kaunselor laktasi yang berhampiran kawasan anda kerana anda mungkin memerlukannya ketika menghadapi sebarang masalah berkaitan penyusuan. Sediakan terlebih awal agar anda tidak kelam-kabut mencari apabila keadaan memerlukan.

4.       Sertai komuniti

     Di Malaysia terdapat banyak kelab mahupun forum yang bermatlamat menyokong penyusuan susu ibu. Anda boleh sertai mereka dalam mendapatkan maklumat mahupun bantuan mengenai penyusuan. Salah satunya ialah group di facebook iaitu Happy Breastfeeding Malaysia. Sertai mereka, dan anda akan dapat mengenali ramai ibu-ibu yang sangat menyokong antara satu sama lain di dalam kumpulan tersebut.

Persediaan fizikal

5.       Pemakanan sihat

     Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu ia memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik melahirkan nanti. Tapi, anda perlu pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

6.       Pilihan hospital

     Pilihlah hospital yang meyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Bincang dengan doktor anda mengenai rancangan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh dapatkan nasihat mengenai penyusuan daripada doktor.

7.       Peralatan penyusuan

     Persediaan peralatan penyusuan sangat penting terutamanya bagi ibu yang berkerja agar proses penyusuan selama dua tahun akan berjalan lancar.
     Antaranya ialah nursing bra, breastpad, pam, cooler bag dan storage bottle.

8.       Kebersihan puting

     Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk membersihkannya. Langkah ini sangat penting terutamanya pada trimester terakhir kerana kolostrum telah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat dan menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan lancar seterusnya boleh menyebabkan bengkak susu.

9.       Kenali payudara

     Anda perlu mengenali payudara anda sendiri. Ia membeolehkan anda mengetahui sama ada anda mempunyai puting yang normal mahupun puting tenggelam. Ini memudahkan anda untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Persediaan emosi

10.   Niat

     Pasang niat dan berazam untuk menyusukan anak yang bakal lahir sejak awal kehamilan lagi. Niat dan azam yang kuat memang sangat penting kerana tanpanya anda mungkin tak kuat untuk menghadapi cabaran-cabran ketika proses penyusuan.

11.   Berdoa

     Sentiasa berdoa dipermudahkan proses penyusuan anak anda.

12.   Sokongan

     Kongsi niat anda untuk menyusukan anak anda dengan suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan sokongan daripada mereka terutamanya suami anda. Sokongan bukan sekadar mengiakna sahaja hasrat anda, tetapi lebih daripada itu. Berbincanglah dengan suami sebaik-baiknya.

13.   Yakin

     Sentiasa berfikiran positif yang anda akan berjaya untuk menyusukan anak anda kelak. Yakinlah bahawa anda dapat susukan anak sejurus dia lahir dan yakinlah bahawa susu anda cukup untuk memenuhi keperluannya.



Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2013

Saturday, 5 January 2019

Teknik yang betul melakukan tepuk percussion membantu meredakan batuk berkahak


    Teknik tepukan percussion boleh membantu meredakan batuk bayi. Ibu dan ayah wajib mengetahui caranya.

     Bayi yang mengalami batuk dan selesema menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus. Jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan ia akan menjadi punca penyakit seperti bronkitis. Penyakit ini kerap menyerang kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana masih belum berkeupayaan mengeluarkan kahak sendiri.

     Untuk meredakan batuk bayi, ibu dan ayah boleh mencuba fisioterapi iaitu teknik tepukan yang dinamakan ‘percussion’ ke atas bayi anda.


TEKNIK TEPUKAN MELONGGARKAN KAHAK

     Untuk melakukan teknik tepukan terdapat beberapa posisi yang perlu dilakukan ( rujuk langkah demi langkah teknik tepukan). Teknik tepukan ini memerlukan anda membentuk tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah). Untuk melakukan tepukan, gunakan kekuatan dari pergelangan tangan dan tepukan perlahan di belakang anak anda dan beberapa bahagian badan (rujuk langkah demi langkah teknik tepukan).

     Untuk bayi, gunakan tepukan yang menggunakan dua jari kerana paru-parunya masih kecil. Manakala bagi anak yang berusia setahun ke atas tepukan boleh dilakukan dengan tapak tangan seakan-akan cawan (cupping).

     Tujuan menepuk adalah untuk melnggarkan kahak di dalam paru-paru. Bagaimanapun sebelum melakukan teknik ini pastikan bayi ‘puasa’ setengah jam hingga sejam bagi mengelakkan bayi muntah susu.


LANGKAH DEMI LANGKAH TEPUKAN PERCUSSION

     Tepukan yang menggunakan dua jari ialah bagi bayi. Manakala cupping manggunakan tapak tangan untuk yang berusia setahun ke atas. Tepukan perlu perlahan tetapi dalam frekuensi yang laju.


1.       Pegang bayi dalam keadaan selesa. Kemudian dudukkan bayi pada kedudukan 45 darjah dan mula melakukan tepukan untuk bahagian kiri dan kanan. Lakukan dengan menggunakan dua jari selama 10 hingga 15 minit. Untuk memberi keselesaan, letakkan bantal di bahagian belakang bayi.


2.       Dalam posisi sama, tepukan turut dilakukan pada bahagian belakang bayi kiri dan kanan dengan menggunakan dua jari selama tiga hingga lima minit.



3.       Teknik seterusnya ialah posisi meniarap. Letakkan bantal di bawa perut , pastikan bantal tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki ke atas. Pastikan kaki lurus. Pastikan juga mukanya dalam keadaan yang selesa. Tepuk di bahagian belakang bayi di kiri dan kanan selama 10 hingga 15 minit.



4.       Bagi posisi ini, bayi dalam kedudukan mengiring ke kanan. Tepukan dilakukan pada bahagian bawah ketiak dan atas sikit dari bahagian pusat selama 10 hingga 15 minit. Lakukan cara yang sama untuk bahagian kiri.


5.       Masih posisi sama, tepuk pada bahagian tepi tulang belakang bayi mengikut masa yang sama bagi bahagian kiri dan kanan.



6.       Baringkan bayi dengan kedudukan kaki di atas sedikit. Tepuk pada bahagian paru-paru kiri dan kanan selama 10 hingga 15 minit.


*Biasanya dalam tempoh satu jam selepas selesai proses tepukan percussion, bayi akan batuk atau bersin seterusnya muntah mengeluarkan kahak. Jika tertelan, jangan risau kerana ia akan keluar melalui najis.



Kredit artikel asal: Majalah Pa&Ma

Wednesday, 13 November 2013

Kelebihan YA WAHHAB



YA WAHHAB bermaksud MAHA PEMBERI..


Mentor-mentor saya yang dah berjaya selalu pesan untuk selalu berzikir YA WAHHAB ni. Kadang2 je buat. Tapi sekali tu dah lama tak buat, tergerak hati nak buat. Saya mula sebut YA WAHHAB dari pagi. Tak tahulah berapa kali sebab tak kira. Pagi2 kat tempat kerja ada sedara sebelah mak saya call nak order SHAKLEE daripada saya. See? Ajaibnya YA WAHHAB...

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1-Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2-Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3-Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4-Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6-Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7-Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.


(credit : source )



AINUL HUSNA BINTI YAHYA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (1001611)
0133883495 
SMS/WHATSAPP/WECHAT