Tuesday 15 January 2019

Apa itu Essential Oil?

 


    Minyak Pati atau Essential Oil (EO) ni ialah minyak pati yang dihasilkan dari tumbuhan, melalui proses penyulingan semulajadi.

    EO sebenarnya dihasilkan oleh minyak dari bahagian-bahagian yang berbeza daripada tumbuh-tumbuhan seperti bunga, sap, kulit kayu, akar dan batang. Ia boleh dihasilkan dari daun, seperti minyak pudina. Ia juga boleh dihasilkan dari kelopak, dan ada juga yang dibuat daripada kulit atau kayu, seperti Sandalwood. Jika apa yang dipanggil “essential oil” ini mempunyai apa-apa produk haiwan di dalamnya, ia bukanlah eo yang asli. Juga, eo yang sebenar tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan sintetik.



    EO biasanya dihasilkan melalui proses penyulingan minyak semula jadi yang ada dalam tumbuh-tumbuhan yang sangat pekat.Ia memerlukan sangat banyak tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan hanya sedikit eo. Atas sebab ini, kebiasaannya eo yang asli sangat mahal. Ia hanya memerlukan beberapa titik eo untuk memberikan kesan yang efektif.

    Kebanyakan eo tidak digunakan secara langsung pada kulit. Kebanyakannya dihidu melalui wap yang dihasilkan oleh diffuser. Lebih mudah, hanya titiskan beberapa titik eo pada tisu dan menghidunya. EO juga boleh digunakan dalam minyak pembawa (carrier oil) untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk urutan dan kegunaan pada kulit.Kadang-kadang eo juga boleh dimasukkan ke dalam tab mandi.

    Apabila ia dihirup diudara, eo akan ke sistem otak dan pergi untuk memberi kesan kepada semua sistem yang berkaitan. Ini termasuk sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem endokrin, dan ingatan. Dalam aliran darah, ia juga memberi kesan kepada organ-organ dalaman.Apabila anda berurut dengan eo, jangan mandi atau mencucinya selama beberapa jam. Ini kerana sistem badan mengambil masa untuk menyerap minyak daripada kulit.Kedua-dua keadaan psikologi dan perubatan dapat dirawat dengan aromaterapi melalui penggunaan essential oil.

    Ada eo yang boleh menjadi sangat mahal, terutamanya yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan eksotik. Walaubagaimanapun, dengan menggunakan beberapa titik seperti yang disyorkan, botol kecil boleh bertahan lama.



    Mahu menggunakan eo dengan harga mampu milik? Belilah balm Tasneem Naturel (TN). Di dalam setiap balm TN terdapat lebih daripada LIMA jenis eo yang sudah diblend dan mudah serta selamat digunakan. Klik di sini untuk membaca mengenai Tasneem Naturel.

No comments:

Post a Comment