Thursday 24 January 2019

Tips Atasi Masalah Kembung Perut Bayi


1         Ketidakselesaan perut dikalangan bayi boleh menyebabkan bayi meragam dan menangis. Bagi ibu yang baru melahirkan, hal ini amat merunsingkan. Di sini, Cikna nak share beberapa tips bagi mengatasi masalah kembung perut bayi. Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.


.       Teknik penyususan betul
     Sekiranya bayi menyusu badan, anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
     Pada awal kelahiran, bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan mengetahui posisi penyusuan yang betul.
     Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena ‘nipple crack’ yang amat pedih!


 Sumber : Dreamstime 


2.       Pastikan puting susu bersesuaian
     Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
     Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.


Sumber : Today


3.       Tukar susu formula
     Sekiranya anak anda minum susu formula, mungkin anak anda alah terhadap susu formula tertentu disebabkan kandungan laktosa, protein susu lembu atau ususnya belum matang.
    Bertukarlah kepada susu formula lain atau berikan susu formula berasaskan susu soya atau susu kambing sekiranya anak anda alah pada susu lembu.
    Lebih baik jika anda dapatkan ibu susuan yang mempunyai lebihan stok susu sekiranya anda tidak dapat menyusukan sendiri anak anda.


4.       Sendawakan bayi selepas menyusu
     Bayi yang kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
     Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya.
     Muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.


Sumber : Mithali Mom


5.       Elakkan makanan berangin bagi ibu yang menyusu 
     Ibu yang menyusukan bayi perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang dikatakan ‘berangin’ bagi mengelakkan bayi kembung perut.
     Antaranya ialah kobis, brokoli, kafein, labu, kentang, bunga kobis, petai dan pucuk paku.


Bunga kobis berkhasiat tetapi dikatakan salah satu makanan yang 'berangin'


6.       Mengurut bayi menggunakan minyak aromaterapi
     Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Anda boleh menggunakan balm TRUB. Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu keselesaan sehingga bayi berhenti menangis.
     Bagi yang beragama Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir dan doa. Semoga mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
     Tapi, pastikan anda mengetahui cara mengurut bayi yang betul.


     Untuk dapatkan balm TRUB, anda boleh klik di sini atau hubungi nombor ini 013-3883495.


Bayi kembung perut tidak bahaya kecuali...

     Umumya, masalah kembung perut pada bayi tidak bahaya melainkan apabila ia muncul dengan tanda penyakit lain seperti muntah, perut buncitcirit-biritsembelit, atau demam. Ia juga tidak akan menimbulkan kesan sampingan pada masa akan datang.
     Hanya anda yang tahu betapa mencabarnya menangani masalah tangisan anak berterusan, lebih-lebih lagi jika anda sedang berpantang di rumah ibu atau mertua. Kebanyakan ibu akan menjadi tertekan kerana malu tidak dapat mendiamkan anak mereka sendiri.
     Jadi, cuba tarik nafas yang panjang dan fokuskan terhadap bayi anda. Jangan fikirkan tentang perkara lain. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa bimbang dan mengesyaki ada masalah lain pada bayi anda.





No comments:

Post a Comment