1.
Rawatan fototerapi
Rawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila
paras bilirubin mencecah tahap tinggi. Namun rawatan ini kebiasannya bergantung
kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.
Untuk rawatan ini,
bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang
tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan
bayi dan punca kuning terjadi.
Kebiasaannya, ia
dilakukan di hospital dan bayi akan diletakkan di bawah lampu hampir sepanjang
masa. Mata bayi akan ditutup bagi mengelakkan terkena sinaran lampu yang dekat.
Kedudukan bayi pula akan diubah daripada masa ke semasa bagi memastikan kesemua
bahagian badannya terkena sinaran tersebut.
2.
Elakkan warna kuning
Elakkan
memakaikan bayi yang terkena jaundis dengan pakaian berwarna kuning. Selain itu,
cadar bayi, tilam, bantal, dan segala peralatan bayi elakkan yang berwarna
kuning. Ibu juga elakkan berpakaian kuning ketika tiga hari pertama selepas
kelahiran bayi. Petua ini Cikna dapat daripada orang tua di kampung.
3.
Susukan bayi dengan kerap
Bayi
jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu
kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar
terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting,
berikan susu ibu.
4.
Mandikan dengan daun inai
Masukkan
daun inai ke dalam air suam. Ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi
setiap pagi sehingga kuning hilang.
5.
Minum pati kurma
Ibu
boleh amalkan minum pati kurma. Ambil pati kurma dua sudu sehari iaitu sesudu
pagi dan sesudu malam. Kalau tiada pati kurma, makan buah kurma pun boleh. Kurma
juga salah satu milkbooster.
6.
Elakkan jamu dan herba
Jika
anak disahkan menghidap jaundis, ibu perlu elakkan daripada mengambil sebarang
jamu dan herba. Ini kerana jamu dan herba bersifat panas dan menyebabkan kuning
lambat hilang. halia dan lada hitam termasuk di dalam kumpulan herba dan perlu
dielakkan.
7.
Mandikan dengan asam jawa dan daun kucai
Caranya,
ambil
segenggam asam jawa, ramas & tapis. Ambil secekak daun kucai, kisar hingga
halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir
supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama
air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam
agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.
8.
Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi
Awal
pagi, lebih kurang pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap
supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja,
lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari
tengah panas terik.
9.
Mandikan bayi dengan air bunga
Satu
lagi petua yang boleh dicuba ialah mandikan bayi dengan air bunga yang tidak
bergetah seperti bunga mawar.
10.
Mandikan bayi dengan ginseng
Dapatkan
ginseng di kedai ubat cina. Rebus dan mandikan bayi anda.
11.
Mandikan bayi dengan air rebusan pokok dukung
anak.
Ambil
segenggam pokok dukung anak. Rebus sehingga mendidih. Apabila suam, mandikan
bayi anda. insyaAllah kuning akan berkurang.
12.
Mandikan bayi dengan air teh
Ketika
hendak mandikan bayi, masukkan air teh ke dalam air mandian bayi. Tapi, jangan
guna air teh yang siap bergula pula ye. Nanti bersemut pula.
13.
Gunakan balm TRUB dari Tasneem Naturel
Kandungan
EO di dalam balm TRUB seperti anise,
juniper, fennel dan lemongrass
membantu proses pencernaan dan menjadikan bayi anda lawas membuang. Apabila bayi
kerap membuang air besar, bacaan birilubin di dalam darah lebih cepat turun.
Balm
TRUB digunakan dengan menyapu balm ke perut dan tapak kaki bayi. Urutan ‘ I
Love U’ turut dilakukan ke perut bayi.
No comments:
Post a Comment