Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, 24 January 2019

Tips Atasi Masalah Kembung Perut Bayi


1         Ketidakselesaan perut dikalangan bayi boleh menyebabkan bayi meragam dan menangis. Bagi ibu yang baru melahirkan, hal ini amat merunsingkan. Di sini, Cikna nak share beberapa tips bagi mengatasi masalah kembung perut bayi. Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.


.       Teknik penyususan betul
     Sekiranya bayi menyusu badan, anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
     Pada awal kelahiran, bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan mengetahui posisi penyusuan yang betul.
     Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena ‘nipple crack’ yang amat pedih!


 Sumber : Dreamstime 


2.       Pastikan puting susu bersesuaian
     Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
     Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.


Sumber : Today


3.       Tukar susu formula
     Sekiranya anak anda minum susu formula, mungkin anak anda alah terhadap susu formula tertentu disebabkan kandungan laktosa, protein susu lembu atau ususnya belum matang.
    Bertukarlah kepada susu formula lain atau berikan susu formula berasaskan susu soya atau susu kambing sekiranya anak anda alah pada susu lembu.
    Lebih baik jika anda dapatkan ibu susuan yang mempunyai lebihan stok susu sekiranya anda tidak dapat menyusukan sendiri anak anda.


4.       Sendawakan bayi selepas menyusu
     Bayi yang kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
     Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya.
     Muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.


Sumber : Mithali Mom


5.       Elakkan makanan berangin bagi ibu yang menyusu 
     Ibu yang menyusukan bayi perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang dikatakan ‘berangin’ bagi mengelakkan bayi kembung perut.
     Antaranya ialah kobis, brokoli, kafein, labu, kentang, bunga kobis, petai dan pucuk paku.


Bunga kobis berkhasiat tetapi dikatakan salah satu makanan yang 'berangin'


6.       Mengurut bayi menggunakan minyak aromaterapi
     Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Anda boleh menggunakan balm TRUB. Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu keselesaan sehingga bayi berhenti menangis.
     Bagi yang beragama Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir dan doa. Semoga mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
     Tapi, pastikan anda mengetahui cara mengurut bayi yang betul.


     Untuk dapatkan balm TRUB, anda boleh klik di sini atau hubungi nombor ini 013-3883495.


Bayi kembung perut tidak bahaya kecuali...

     Umumya, masalah kembung perut pada bayi tidak bahaya melainkan apabila ia muncul dengan tanda penyakit lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit, sembelit, atau demam. Ia juga tidak akan menimbulkan kesan sampingan pada masa akan datang.
     Hanya anda yang tahu betapa mencabarnya menangani masalah tangisan anak berterusan, lebih-lebih lagi jika anda sedang berpantang di rumah ibu atau mertua. Kebanyakan ibu akan menjadi tertekan kerana malu tidak dapat mendiamkan anak mereka sendiri.
     Jadi, cuba tarik nafas yang panjang dan fokuskan terhadap bayi anda. Jangan fikirkan tentang perkara lain. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa bimbang dan mengesyaki ada masalah lain pada bayi anda.





Tuesday, 22 January 2019

Sumber Semulajadi Tambah Susu Ibu


     



    Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu buat si manja sehingga dua tahun, terdapat banyak faktor perlu diambil perhatian. Ini termasuk hal pemakanan. Ketahui beberapa jenis makanan dan cara penyediaannya agar dapat membantu anda menambah susu ibu.


·         Lobak putih
Sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dijadikan jus untuk diminum.

·         Lobak merah
Boleh dijadikan bahan asas hidangan salad mahupun dicampur bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur.

·         Sawi
Sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur yang lain.

·         Kucai
Seringkali menjadi bahan yang dimasak bersama kue teow, cucur udang dan lain-lain. Boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu.

·         Pucuk manis
Lazat dimasak gulai lemak mahupun tumis air.

·         Geti
Sayur ini biasanya dijadikan bahan masak lemak atau tumis air.

·         Pegaga
Lazimnya, ia dijadikan sebagai ulam.

·         Peria
Boleh dicelur menjadi ulam mahupun dimask bersama sayur-sayur lain.

·         Jantung pisang
Boleh dihidangkan sama ada secara celur, dijadikan kerabu mahupun dimasak gulai lemak.

·         Oren
Enak dimakan begitu saja atau dijadikan jus segar.

·         Betik
Pucuk betik atau betik muda dicelur dan dijadikan ulam.

·         Halba
Biasanya halba direndam dan airnya diminum. Ada juga yang lebih gemar mencampurkan halba dalam masakan.

·         Jintan hitam
Anda boleh menggunakannya sebagai bahan asas masakan tertentu seperti sup, masak kicap dan lain-lain.

·         Barli
Selain dibuat minuman, anda boleh juga masak bubur barli.

·         Oat
Selain dibuat bubur atau dicampurkan di dalam minuman panas, anda boleh menggunakannnya untuk menyalut makanan goreng seprti ayam dan roti.

·         Kurma
Ia boleh dimakan begitu saja atau dikisar bersama susu segar.

·         Longan kering
Enak dijadikan minuman harian. Anda boleh merebusnya bersama kurma, kismis dan barli. Lebih sedap jika direbus bersama gula merah.

·         Tauhu dan tempe
Digoreng saja atau dicampur ke dalam masakan lain.

·         Susu
Diminum begitu saja atau dijadikan smoothie

·         Keju
Boleh dijadikan bahan asas di dalam kek, roti dan sebagainya selain dimakan begitu sahaja.

·         Kacang soya
Lazat diminum begitu sahaja.


Sumber : Majalah Pa&Ma Ogos 2013

Saturday, 19 January 2019

13 Persediaan Penyusuan Sejak Hamil


     Jika ibu-ibu berniat mahu menyusukan anak sepenuhnya sejak lahir hingga cukup dua tahun, ibu-ibu mestilah melakukan beberapa persediaan. Persediaan dari segi ilmu, fizikal, dan juga emosi.

Persediaan ilmu

1.       Kelas penyusuan

     Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.
     Jadi, ada baiknya anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh sertai kelas-kelas penyusuan yang sering diadakan di hospital mahupun klinik. Anda juga boleh sertai kelas berbayar yang dianjurkan oleh kaunselor laktasi.
     Ajaklah suami bersama-sama sertai kelas ini agar dia juga dapat memahami konsep penyusuan susu ibu dan dapat memberi sokongan yang anda perlukan nanti.

2.       Kumpul maklumat

     Cari sebanyak mungkin maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Hal ini penting agar anda faham konsep asas penyusuan iaitu ‘supply vs demand’. Selain menyertai kelas penyusuan, anda boleh dapatkan maklumat melalui pembacaan di majalah, buku, blog dan juga laman web.

3.       Nombor telefon

     Dapatkan nombor telefon kaunselor laktasi yang berhampiran kawasan anda kerana anda mungkin memerlukannya ketika menghadapi sebarang masalah berkaitan penyusuan. Sediakan terlebih awal agar anda tidak kelam-kabut mencari apabila keadaan memerlukan.

4.       Sertai komuniti

     Di Malaysia terdapat banyak kelab mahupun forum yang bermatlamat menyokong penyusuan susu ibu. Anda boleh sertai mereka dalam mendapatkan maklumat mahupun bantuan mengenai penyusuan. Salah satunya ialah group di facebook iaitu Happy Breastfeeding Malaysia. Sertai mereka, dan anda akan dapat mengenali ramai ibu-ibu yang sangat menyokong antara satu sama lain di dalam kumpulan tersebut.

Persediaan fizikal

5.       Pemakanan sihat

     Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu ia memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik melahirkan nanti. Tapi, anda perlu pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

6.       Pilihan hospital

     Pilihlah hospital yang meyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Bincang dengan doktor anda mengenai rancangan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh dapatkan nasihat mengenai penyusuan daripada doktor.

7.       Peralatan penyusuan

     Persediaan peralatan penyusuan sangat penting terutamanya bagi ibu yang berkerja agar proses penyusuan selama dua tahun akan berjalan lancar.
     Antaranya ialah nursing bra, breastpad, pam, cooler bag dan storage bottle.

8.       Kebersihan puting

     Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk membersihkannya. Langkah ini sangat penting terutamanya pada trimester terakhir kerana kolostrum telah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat dan menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan lancar seterusnya boleh menyebabkan bengkak susu.

9.       Kenali payudara

     Anda perlu mengenali payudara anda sendiri. Ia membeolehkan anda mengetahui sama ada anda mempunyai puting yang normal mahupun puting tenggelam. Ini memudahkan anda untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Persediaan emosi

10.   Niat

     Pasang niat dan berazam untuk menyusukan anak yang bakal lahir sejak awal kehamilan lagi. Niat dan azam yang kuat memang sangat penting kerana tanpanya anda mungkin tak kuat untuk menghadapi cabaran-cabran ketika proses penyusuan.

11.   Berdoa

     Sentiasa berdoa dipermudahkan proses penyusuan anak anda.

12.   Sokongan

     Kongsi niat anda untuk menyusukan anak anda dengan suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan sokongan daripada mereka terutamanya suami anda. Sokongan bukan sekadar mengiakna sahaja hasrat anda, tetapi lebih daripada itu. Berbincanglah dengan suami sebaik-baiknya.

13.   Yakin

     Sentiasa berfikiran positif yang anda akan berjaya untuk menyusukan anak anda kelak. Yakinlah bahawa anda dapat susukan anak sejurus dia lahir dan yakinlah bahawa susu anda cukup untuk memenuhi keperluannya.



Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2013