Showing posts with label g6pd. Show all posts
Showing posts with label g6pd. Show all posts

Tuesday, 22 January 2019

Apa itu G6PD?


     G6PD ( glucose-6-phosphate-dehydrogenase) ialah sejenis enzim di dalam sel darah merah. Ia berfungsi melindungi sel darah merah daripada termusnah lebih awal.


     G6PD dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan dengan mengambil sedikit sampel darah dari tali pusat untuk diuji di makmal. Sekiranya bayi didapati mengalami masalah ini, bayi perlu segera dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya lima hari untuk pemerhatian. Pemerhatian di wad sangat penting kerana bayi yang kekurangan enzim G6PD boleh mengalami jaundis yang teruk yang boleh menyebabkan kecacatan otak, pendengaran dan kematian.

     Terdapat sesetengah bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dan orang yang mengalami kekurangan enzim G6PD tidak dapat melindungi sel darah merah daripada termusnah. Elakkan ubat, makanan atau keadaan berikut yang boleh menyebabkan anak-anak kekurangan G6PD mengalami hemolisis (iaitu keadaan di mana sel darah merah pecah dan kelihatan pucat):


·         Kacang parang (‘Fava beans’ juga dikenali sebagai kacang sepat atau kacang itik)
·         Ubat gegat
·         Ubat-ubatan dikenalpasti menyebabkan hemolisis seperti Acetanilide, furazolidone, nalidixic acid, niridalazole, nitrofuranntoin, phenazopyridine, primaquine, sulfamethoxazole, methylene blue
·         Nila
·         Ibu yang meyusukan bayi kekurangan G6PD juga perlu mengelak dari memakan jamu atau ubat herba lain

     Jika bayi atau anak-anak yang kekurangan G6PD terambil atau terdedah kepada bahan terlarang yang disebutkan di atas, anak tersebut akan mengalami hemolisis di mana sel darah merahnya termusnah. Tanda-tandanya ialah menjadi pucat, kuning, air kencing berwarna teh pekat seperti coca-cola, dan ada juga yang mengalami sesak nafas. Segeralah berjumpa dengan doktor mahupun anggota kesihatan.

     Bayi atau anak-anak yang kekurangan enzim G6PD boleh hidup normal seperti kanak-kanak lain. Mereka cuma perlu mengelakkan daripada terdedah dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan hemolisis. Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat dan bukan penyakit berjangkit. Ianya diwarisi secara genetik dan biasanya melibatkan kanak-kanak lelaki.

     Jika bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD, pihak hospital akan membekalkan sekeping kad yang mempunyai serba sedikit penerangan mengenai G6PD. Ibubapa perlu menyimpan kad tersebut sebaiknya. Kad tersebut perlu ditunjukkan setiap kali mengunjungi doktor atau anggota kesihatan.



    Semua balm Tasneem Naturel selamat digunakan oleh bayi yang mengalami kekurangan enzim G6PD kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya dan perlu dielakkan oleh bayi G6PD.

Sumber : Beutler E Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency-current Concepts.
                 New Engi Med 1991 ; 324(3) : 169-174


Tuesday, 8 April 2014

G6PD dan shaklee...

Apakah itu G6PD?


       Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan  satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.
       Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD.
       Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?
       Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.
Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?
 
       Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.
       Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.
       Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.
       Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.
       Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.
                                                                                                                                      kredit : sumber
Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
 
      Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
 
*   Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
 
*   Ubat gegat.
 
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
 
*   Minyak gosok.
 
*   Kacang parang.
  

        Sebab itu, jika bayi anda mengalami penyakit G6PD, anda TIDAK BOLEH mengambil sebarang jamu ketika berpantang. Ohhh tidakkkk. Kalau tak makan jamu, habis la.. Sakit-sakit badan. Macam mana nak recover balik masa selepas bersalin???? Jangan risau ye ibu-ibu. Jom berpantang secara moden dengan Set berpantang shaklee. Takde jamu. Semua vitamin je. Untuk kesihatan dalaman. 



Cadangan vitamin untuk ibu berpantang



       Sebarang pertanyaan mengenai vitamin shaklee untuk ibu berpantang mahupun lain-lain set, sila hubungi saya.


Husna
Shaklee Independent Distributor
SID 1001611
013-3883495
call/sms/whatsapp
FB Page: Icha Vitashop