Saturday, 19 January 2019

13 Persediaan Penyusuan Sejak Hamil


     Jika ibu-ibu berniat mahu menyusukan anak sepenuhnya sejak lahir hingga cukup dua tahun, ibu-ibu mestilah melakukan beberapa persediaan. Persediaan dari segi ilmu, fizikal, dan juga emosi.

Persediaan ilmu

1.       Kelas penyusuan

     Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.
     Jadi, ada baiknya anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh sertai kelas-kelas penyusuan yang sering diadakan di hospital mahupun klinik. Anda juga boleh sertai kelas berbayar yang dianjurkan oleh kaunselor laktasi.
     Ajaklah suami bersama-sama sertai kelas ini agar dia juga dapat memahami konsep penyusuan susu ibu dan dapat memberi sokongan yang anda perlukan nanti.

2.       Kumpul maklumat

     Cari sebanyak mungkin maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Hal ini penting agar anda faham konsep asas penyusuan iaitu ‘supply vs demand’. Selain menyertai kelas penyusuan, anda boleh dapatkan maklumat melalui pembacaan di majalah, buku, blog dan juga laman web.

3.       Nombor telefon

     Dapatkan nombor telefon kaunselor laktasi yang berhampiran kawasan anda kerana anda mungkin memerlukannya ketika menghadapi sebarang masalah berkaitan penyusuan. Sediakan terlebih awal agar anda tidak kelam-kabut mencari apabila keadaan memerlukan.

4.       Sertai komuniti

     Di Malaysia terdapat banyak kelab mahupun forum yang bermatlamat menyokong penyusuan susu ibu. Anda boleh sertai mereka dalam mendapatkan maklumat mahupun bantuan mengenai penyusuan. Salah satunya ialah group di facebook iaitu Happy Breastfeeding Malaysia. Sertai mereka, dan anda akan dapat mengenali ramai ibu-ibu yang sangat menyokong antara satu sama lain di dalam kumpulan tersebut.

Persediaan fizikal

5.       Pemakanan sihat

     Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu ia memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik melahirkan nanti. Tapi, anda perlu pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

6.       Pilihan hospital

     Pilihlah hospital yang meyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Bincang dengan doktor anda mengenai rancangan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh dapatkan nasihat mengenai penyusuan daripada doktor.

7.       Peralatan penyusuan

     Persediaan peralatan penyusuan sangat penting terutamanya bagi ibu yang berkerja agar proses penyusuan selama dua tahun akan berjalan lancar.
     Antaranya ialah nursing bra, breastpad, pam, cooler bag dan storage bottle.

8.       Kebersihan puting

     Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk membersihkannya. Langkah ini sangat penting terutamanya pada trimester terakhir kerana kolostrum telah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat dan menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan lancar seterusnya boleh menyebabkan bengkak susu.

9.       Kenali payudara

     Anda perlu mengenali payudara anda sendiri. Ia membeolehkan anda mengetahui sama ada anda mempunyai puting yang normal mahupun puting tenggelam. Ini memudahkan anda untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Persediaan emosi

10.   Niat

     Pasang niat dan berazam untuk menyusukan anak yang bakal lahir sejak awal kehamilan lagi. Niat dan azam yang kuat memang sangat penting kerana tanpanya anda mungkin tak kuat untuk menghadapi cabaran-cabran ketika proses penyusuan.

11.   Berdoa

     Sentiasa berdoa dipermudahkan proses penyusuan anak anda.

12.   Sokongan

     Kongsi niat anda untuk menyusukan anak anda dengan suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan sokongan daripada mereka terutamanya suami anda. Sokongan bukan sekadar mengiakna sahaja hasrat anda, tetapi lebih daripada itu. Berbincanglah dengan suami sebaik-baiknya.

13.   Yakin

     Sentiasa berfikiran positif yang anda akan berjaya untuk menyusukan anak anda kelak. Yakinlah bahawa anda dapat susukan anak sejurus dia lahir dan yakinlah bahawa susu anda cukup untuk memenuhi keperluannya.



Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2013

Tuesday, 15 January 2019

Kenali Balm Tasneem Naturel - CALMTIME


     Balm CALMTIME merupakan balm yang berfungsi untuk membantu memberi rasa relaks dan tenang kepada badan sesuai dengan motonya ‘ PROMOTE WHOLE BODY RELAXATION’. Ia sesuai disapu kepada anak-anak yang selalu tantrum, suka meragam dan mempunyai darah gemuruh. Kalau ibu-ibu nak elakkan bertukar menjadi ‘singa’, boleh juga sapu balm ni. Hihi





     Di dalam balm CALMTIME terdapat lapan jenis essential oil (eo) yang diblend untuk menghasilkan balm yang memberi manfaat secara optimum kepada pengguna. 8 jenis eo tersebut mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang sangat-sangat membantu ibubapa dalam menangani masalah-masalah yang disebutkan di atas. Jom kita tengok jenis-jenis eo di dalam balm ni.

1.       Roman Chamomile – mempunyai aroma yang menenangkan. Ia juga kaya dengan antioksida dan menyokong sistem imun.

2.       Bergamot – aroma citrusnya meransang rasa tenang. Ia juga bertindak sebagai antiseptik dan mengurangkan ketegangan otot.

3.       Geranium – merupakan antibakteria yang dapat mencegah jangkitan. Ia juga melancarkan peredaran darah dan yang paling best ia mengimbangkan hormon dan tekanan. Eo geranium mempunyai banyak manfaat kepada wanita terutamanya.

4.       Mandarin – aroma citrusnya menyegarkan dan dapat mengurankan rasa loya. Ia juga dapat merawat insomnia.

5.       Lavender – salah satu eo kegemaran ramai kerana ia dapat mengimbangkan hormon dan tekanan, membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan mendatangkan mood yang lebih stabil.

6.       Marjoram – juga dikenali sebagai ‘winter sweet’. Ia menyokong sistem imun dan bertindak kepada sistem saraf dan kardiovaskular.

7.       Frankinsence – eo yang mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan daya tumpuan dan membantu memperlahankan aktiviti sistem saraf.

8.       Orange – kaya dengan antioksida dan dapat menghapuskan toksin dalam badan. Ia juga membantu kita untuk lebih fokus dan produktif.




    Cara menggunakan balm calmtime ialah:





     Antara feedback positif yang kami terima terima daripada pengguna-pengguna balm ini









    Haa...menarik dan sangat membantu kan balm calmtime ni? Teruja tak? Rasa macam ‘eh..aku nak belilah balm ni. Macam mana nak beli?’

    Haa...korang boleh whatsapp Cikna di nombor ni 013-3883495 atau boleh terus klik di sini untuk pembelian.

Apa itu Essential Oil?

 


    Minyak Pati atau Essential Oil (EO) ni ialah minyak pati yang dihasilkan dari tumbuhan, melalui proses penyulingan semulajadi.

    EO sebenarnya dihasilkan oleh minyak dari bahagian-bahagian yang berbeza daripada tumbuh-tumbuhan seperti bunga, sap, kulit kayu, akar dan batang. Ia boleh dihasilkan dari daun, seperti minyak pudina. Ia juga boleh dihasilkan dari kelopak, dan ada juga yang dibuat daripada kulit atau kayu, seperti Sandalwood. Jika apa yang dipanggil “essential oil” ini mempunyai apa-apa produk haiwan di dalamnya, ia bukanlah eo yang asli. Juga, eo yang sebenar tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan sintetik.



    EO biasanya dihasilkan melalui proses penyulingan minyak semula jadi yang ada dalam tumbuh-tumbuhan yang sangat pekat.Ia memerlukan sangat banyak tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan hanya sedikit eo. Atas sebab ini, kebiasaannya eo yang asli sangat mahal. Ia hanya memerlukan beberapa titik eo untuk memberikan kesan yang efektif.

    Kebanyakan eo tidak digunakan secara langsung pada kulit. Kebanyakannya dihidu melalui wap yang dihasilkan oleh diffuser. Lebih mudah, hanya titiskan beberapa titik eo pada tisu dan menghidunya. EO juga boleh digunakan dalam minyak pembawa (carrier oil) untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk urutan dan kegunaan pada kulit.Kadang-kadang eo juga boleh dimasukkan ke dalam tab mandi.

    Apabila ia dihirup diudara, eo akan ke sistem otak dan pergi untuk memberi kesan kepada semua sistem yang berkaitan. Ini termasuk sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem endokrin, dan ingatan. Dalam aliran darah, ia juga memberi kesan kepada organ-organ dalaman.Apabila anda berurut dengan eo, jangan mandi atau mencucinya selama beberapa jam. Ini kerana sistem badan mengambil masa untuk menyerap minyak daripada kulit.Kedua-dua keadaan psikologi dan perubatan dapat dirawat dengan aromaterapi melalui penggunaan essential oil.

    Ada eo yang boleh menjadi sangat mahal, terutamanya yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan eksotik. Walaubagaimanapun, dengan menggunakan beberapa titik seperti yang disyorkan, botol kecil boleh bertahan lama.



    Mahu menggunakan eo dengan harga mampu milik? Belilah balm Tasneem Naturel (TN). Di dalam setiap balm TN terdapat lebih daripada LIMA jenis eo yang sudah diblend dan mudah serta selamat digunakan. Klik di sini untuk membaca mengenai Tasneem Naturel.

Monday, 14 January 2019

Kenali Balm Tasneem Naturel - SLEEPTIME


     Balm SLEEPTIME merupakan balm yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah anak-anak yang lambat tidur, sukar tidur dan sering terjaga ketika tidur. Ia akan membantu untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti sesuai dengan motonya ‘SUPPORT RESTFUL SLEEP’.





     Terdapat 8 jenis essential oil (eo) yang diblend untuk memberi kesan dan manfaat yang optimum kepada pengguna. Jom Cikna tunjuk eo apa yang terdapat di dalam balm sleeptime ni dan fungsi setiap satunya.

1.       Roman Chamomile – aromanya yang menenangkan menyokong sistem imun dan tinggi antioksida.

2.       Bergamot – aroma citrus dari bergamot meransang rasa tenang. Ia juga bertindak sebagai antiseptik dan membantu mengurangkan ketegangan otot.

3.       Vertiver – ia mengimbangkan hormon dan tekanan, meningkatkan tumpuan dan boleh digunakan untuk terapi ADHD

4.       Cedarwood – ia meransang penghasilan hormon melantonin (hormon tidur). Ia juga meningkatkan daya tumpuan dan meransang proses pemikiran.

5.       Marjoram – ia juga dikenali sebagai ‘wintersweet’. Marjoram menyokong sistem imun dan bertindak pada saraf dan kardiovaskular.

6.       Lavender – ia membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, mood yang lebih stabil dan mengimbangkan hormon dan tekanan.

7.       Ylang-ylang – ia digunakan untuk merawat kemurungan, dan mengurangkan adrenalin.

8.       Orange – orange kaya dengan antioksida dapat menghapuskan toksin dalam badan dan membantu untuk lebih fokus dan produktif.




     Cara menggunakan balm sleeptime ialah:





     Antara feedback positif yang diterima daripada mereka yang telah menggunakan balm ini.










     Nak anak-anak tidur lena? Atau ibu ayah pun perlukan tidur yang berkualiti? Meh dapatkan balm sleeptime segera. Mana nak beli? Whatsapp nombor ni 013-3883495 atau klik di sini untuk pembelian.

Saturday, 12 January 2019

Kenali Balm Tasneem Naturel - TRUB


     Balm TRUB merupakan balm yang digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah kembung perut, sembelit, cirit-birit, gastrik dan masalah penghadaman.





     Di dalam balm TRUB terdapat 8 jenis essential oil (EO) yang di blend untuk memberi kesan dan manfaat yang optimum kepada pengguna. 8 jenis EO tersebut ialah:

1.       Anise – bersifat antiseptik. Ia membantu proses pencernaan dan mengurangkan kekejangan otot perut.

2.       Ginger – merangsang penghasilan jus gastrik dan air liur yang membantu proses penghadaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Ia juga membantu membuang toksik dari badan

3.       Lemongrass – mencegah penghasilan gas berlebihan di dalam usus, mengurangkan masalah usus dan meningkatkan fungsi sistem penghadaman.

4.       Fennel – merupakan antipasmodic berkesan yang bertindak ke atas otot licin di dalam perut dan usus. Ia juga menangani masalah gastrik dan ketidakselesaan perut

5.       Juniper – bersifat antibakteria. Ia membantu mencegah jangkitan bakteria pada saluran kencing dan membantu meransang enzim pencernaan.

6.       Wildmint – membantu masalah gastrik dan membantu merawat masalah kembung, masalah pencernaan, pundi hempedu dan batuk.

7.       Patchouli – bersifat antiseptik. Dapat membantu merawat keradangan dan masalah kemurungan.

8.       Tangerine – aroma citrus yang menyegarkan dapat mengurangkan rasa loya dan bantu merawat masalah insomnia.






     Cara penggunaan balm trub ialah:






Antara feedback positif yang diterima daripada ibu-ibu yang telah menggunakan balm trub








     Haa..korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan balm trub ni sekarang. Hubungi Cikna di 013-3883495 atau klik di sini untuk pembelian.


Saturday, 5 January 2019

Teknik yang betul melakukan tepuk percussion membantu meredakan batuk berkahak


    Teknik tepukan percussion boleh membantu meredakan batuk bayi. Ibu dan ayah wajib mengetahui caranya.

     Bayi yang mengalami batuk dan selesema menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus. Jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan ia akan menjadi punca penyakit seperti bronkitis. Penyakit ini kerap menyerang kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana masih belum berkeupayaan mengeluarkan kahak sendiri.

     Untuk meredakan batuk bayi, ibu dan ayah boleh mencuba fisioterapi iaitu teknik tepukan yang dinamakan ‘percussion’ ke atas bayi anda.


TEKNIK TEPUKAN MELONGGARKAN KAHAK

     Untuk melakukan teknik tepukan terdapat beberapa posisi yang perlu dilakukan ( rujuk langkah demi langkah teknik tepukan). Teknik tepukan ini memerlukan anda membentuk tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah). Untuk melakukan tepukan, gunakan kekuatan dari pergelangan tangan dan tepukan perlahan di belakang anak anda dan beberapa bahagian badan (rujuk langkah demi langkah teknik tepukan).

     Untuk bayi, gunakan tepukan yang menggunakan dua jari kerana paru-parunya masih kecil. Manakala bagi anak yang berusia setahun ke atas tepukan boleh dilakukan dengan tapak tangan seakan-akan cawan (cupping).

     Tujuan menepuk adalah untuk melnggarkan kahak di dalam paru-paru. Bagaimanapun sebelum melakukan teknik ini pastikan bayi ‘puasa’ setengah jam hingga sejam bagi mengelakkan bayi muntah susu.


LANGKAH DEMI LANGKAH TEPUKAN PERCUSSION

     Tepukan yang menggunakan dua jari ialah bagi bayi. Manakala cupping manggunakan tapak tangan untuk yang berusia setahun ke atas. Tepukan perlu perlahan tetapi dalam frekuensi yang laju.


1.       Pegang bayi dalam keadaan selesa. Kemudian dudukkan bayi pada kedudukan 45 darjah dan mula melakukan tepukan untuk bahagian kiri dan kanan. Lakukan dengan menggunakan dua jari selama 10 hingga 15 minit. Untuk memberi keselesaan, letakkan bantal di bahagian belakang bayi.


2.       Dalam posisi sama, tepukan turut dilakukan pada bahagian belakang bayi kiri dan kanan dengan menggunakan dua jari selama tiga hingga lima minit.



3.       Teknik seterusnya ialah posisi meniarap. Letakkan bantal di bawa perut , pastikan bantal tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki ke atas. Pastikan kaki lurus. Pastikan juga mukanya dalam keadaan yang selesa. Tepuk di bahagian belakang bayi di kiri dan kanan selama 10 hingga 15 minit.



4.       Bagi posisi ini, bayi dalam kedudukan mengiring ke kanan. Tepukan dilakukan pada bahagian bawah ketiak dan atas sikit dari bahagian pusat selama 10 hingga 15 minit. Lakukan cara yang sama untuk bahagian kiri.


5.       Masih posisi sama, tepuk pada bahagian tepi tulang belakang bayi mengikut masa yang sama bagi bahagian kiri dan kanan.



6.       Baringkan bayi dengan kedudukan kaki di atas sedikit. Tepuk pada bahagian paru-paru kiri dan kanan selama 10 hingga 15 minit.


*Biasanya dalam tempoh satu jam selepas selesai proses tepukan percussion, bayi akan batuk atau bersin seterusnya muntah mengeluarkan kahak. Jika tertelan, jangan risau kerana ia akan keluar melalui najis.



Kredit artikel asal: Majalah Pa&Ma

7 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak

     Ibu-ibu pasti risau dan susah hati jika anak-anak batuk. Kadang-kadang dah bawa ke klinik pun, keadaan masih sama. Batuk masih tak hilang.

Meh Cikna nak share 7 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak .



1.     Rehatkan Anak Secukupnya

     Ibu bapa perlu mengelakkan bawa anak keluar ke tempat-tempat sesak dan ramai orang kerana anak akan berasa terlalu letih dan ini akan melambatkan proses penyembuhan. Selain itu, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain.


2.      Tepuk Percussion

     Teknik ini memudahkan pengeluaran kahak dari paru-paru. Cara ini untuk melonggarkan kahak yang melekat pada dinding paru-paru. Selain itu, cara ini memerlukan ibu dan ayah menguasai skill cara tepuk yang betul. Boleh baca di sini unutk info lanjut.


3.     Mandian Lemon

     Petua ini menghilangkan batuk secara mandian di samping dapat mengeringkan hingus bayi. Caranya, letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.


4.     Urutan


     Kajian menunjukkkan bahawa urutan mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam.


5.     Sedut Hingus


     Ibu bapa boleh mengeluarkan kahak anak dengan cara menedut hingus anak dengan cara menyedut hingus tersebut menggunakan alat penyedut hingus. Alat ini boelh didapati di farmasi dan klinik.


6.     Jaga pemakanan


     Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat seperti sup ayam dan daging. Ini bagi menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selesema.


7.     Gunakan CFRUB

     Caranya lebih mudah dan pantas, ibu boleh gunakan balm cfrub dari Tasneem Naturel. Balm ini diekstrak daripada bahan semulajadi seperti kulit kayu putih, tea tree, lemon dan cypress bagi meredakan batuk dan selesema anak kecil.

     Ibu-ibu boleh dapatkan balm cfrub ini dengan whtasapp nombor 013-3883495 atau klik di sini.