1 Ketidakselesaan perut dikalangan bayi boleh menyebabkan bayi meragam dan menangis. Bagi ibu yang baru melahirkan, hal ini amat merunsingkan. Di sini, Cikna nak share beberapa tips bagi mengatasi masalah kembung perut bayi. Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.
.
Teknik penyususan betul
Sekiranya bayi menyusu badan,
anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
Pada awal kelahiran,
bayi belum dapat membiasakan kaedah yang betul. Jadi pastikan mengetahui posisi
penyusuan yang betul.
Ini akan membantu
memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan
‘angin’. Teknik lekapan yang baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau
terkena ‘nipple
crack’ yang amat pedih!
2.
Pastikan puting susu bersesuaian
Saiz puting memainkan
peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa
perut.
Sumber : Today
3.
Tukar susu formula
Sekiranya
anak anda minum susu formula, mungkin anak anda alah terhadap susu formula
tertentu disebabkan kandungan laktosa, protein susu lembu atau ususnya belum
matang.
Bertukarlah
kepada susu formula lain atau berikan susu formula berasaskan susu soya atau
susu kambing sekiranya anak anda alah pada susu lembu.
Lebih
baik jika anda dapatkan ibu susuan yang mempunyai lebihan stok susu sekiranya
anda tidak dapat menyusukan sendiri anak anda.
4.
Sendawakan bayi selepas menyusu
Bayi yang kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung
perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
Gunakan teknik yang betul
untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya.
Muntah sedikit
selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.
Sumber : Mithali Mom
5.
Elakkan makanan berangin bagi ibu yang
menyusu
Ibu
yang menyusukan bayi perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang dikatakan ‘berangin’
bagi mengelakkan bayi kembung perut.
Antaranya
ialah kobis, brokoli, kafein, labu, kentang, bunga kobis, petai dan pucuk paku.
Bunga kobis berkhasiat tetapi dikatakan salah satu makanan yang 'berangin'
6.
Mengurut bayi menggunakan minyak aromaterapi
Gunakan minyak yang sesuai
untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Anda boleh menggunakan
balm TRUB. Sentuhan hangat yang anda berikan pada bayi akan memberi seribu satu
keselesaan sehingga bayi berhenti menangis.
Bagi yang beragama
Islam, lebih elok jika anda menyulaminya dengan alunan zikir dan doa. Semoga
mereka cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
Tapi, pastikan
anda mengetahui cara
mengurut bayi yang betul.
Untuk dapatkan balm TRUB, anda boleh klik di sini atau hubungi nombor ini 013-3883495.
Bayi kembung perut tidak bahaya kecuali...
Umumya, masalah kembung
perut pada bayi tidak bahaya melainkan apabila ia muncul dengan tanda penyakit
lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit, sembelit, atau demam. Ia juga tidak akan menimbulkan kesan
sampingan pada masa akan datang.
Hanya anda yang
tahu betapa mencabarnya menangani masalah
tangisan anak berterusan, lebih-lebih
lagi jika anda sedang berpantang di rumah ibu atau mertua. Kebanyakan ibu akan
menjadi tertekan kerana malu tidak dapat mendiamkan anak mereka sendiri.
Jadi, cuba
tarik nafas yang panjang dan fokuskan terhadap bayi anda. Jangan fikirkan
tentang perkara lain. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa bimbang dan
mengesyaki ada masalah lain pada bayi anda.