Tuesday 8 April 2014

Kepentingan Kalsium untuk Ibu

      Apabila bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

      Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

      Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.


      Apabila seseorang wanita itu hamil, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta sihat. Kalsium ni bukan jer penting untuk tulang tapi juga penting untuk mengawal degupan jantung, saraf, dan otot yang sihat. Darah kita juga memerlukan kalsium yang cukup untuk pastikan proses pembekuan darah berlaku dengan sempurna. Jadi, takdelah masalah darah tak berhenti mengalir keluar kalau jari atau anggota badan kita tercedera. Ibu hamil juga perlu memastikan badan tidak kekurangan kalsium supaya proses pembekuan darah sewaktu proses kelahiran nanti berjalan lancar supaya badan tak kehilangan terlalu banyak darah yang boleh mengakibatkan kematian.

      Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

       Ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.

      
Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,

        Di samping amalan pemakanan yang mengandungi kalsium, ibu juga digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix untuk memastikan kalsium berada di tahap optimum dalam badan. Jika ibu ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan ianya mengandungi kalsium, magnesium dan juga vitamin D kerana kalsium semata tidak akan dapat diserap dengan baik oleh badan jika tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D. 

                                                                                                                       kredit: sumber 1, sumber 2


        Ibu-ibu semua, mulai saat ini, jom pastikan keperluan harian kalsium anda dipenuhi. Anda tak gemar minum susu? Jangan risau mommies. Ostematrix kan ada. 4 biji sehari, cukup untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita. Nak dapatkan di mana? Hubungi je saya.
 
 
Husna
013-3883495
call/ sms/ whatsapp
FB Page: Icha Vitashop
 

No comments:

Post a Comment