Tuesday, 22 April 2014

Pelan Pengurangan Inci dengan Cinch

         Ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Namun, walaupun berusaha untuk mengurangkan berat badan, kebanyakannya gagal. 

         Hal ini kerana kebanyakan diet untuk menurunkan berat menyebabkan anda kehilangan lemak dan otot ( ataupun salah satu daripadanya ). Apabila anda kehilangan otot, metabolisme tubuh anda menurun dan tubuh anda hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi, berat badan anda akan lebih cepat naik secara mendadak. Bila anda ulangi sekali lagi maka terjadilah kesan diet yo-yo. 




Cinch Shaklee yang berbeza

         Penemuan Pengurangan Berat Cinch merupakan proprietari shaklee yang diuji secara klinikal dengan peningkatan leusina. Cinch dengan leusina membantu anda mengekalkan otot yang anda miliki, membakar lemak yang tidak diingini, dan mengurangkan inci yang anda ingin kurangkan. Selamat tinggal kepada diet yo-yo.


         Cinch shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda sentiasa berasa kenyang. Kelebihan cinch shake shaklee:
  • Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan
  • Diperkaya dengan leusina untuk memelihara otot ketika mengurangkan berat badan
  • Mengandungi 24g protein dalam setiap hidangan membantu anda berasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi, 6g dalam setiap sajian
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan
  • Dihasilkan daripada soya yang tidak diubahsuai genetiknya (non-GMO)
          Untuk anda yang ingin kurangkan inci tubuh anda atau dengan kata mudahnya mengurangkan saiz badan anda, meh la cuba cinch shake shaklee ni. Ni ha saya bagi anda lihat testimoni mereka yang telah berjaya mengurangkan berat dan saiz badan dengan cinch shake shaklee.

 




       Tunggu apa lagi? Sampai lemak tepu penuh di badan? Atau sampai saiz baju jadi xxxxL baru nak kuruskan badan? Jom dapatkan Cinch SEKARANG.


Hubungi saya,

Husna
013-3883495


Wednesday, 16 April 2014

GLA Complex






Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414



Fungsi GLA Complex SHAKLEE

*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
*Membantu dalam menangani menopus
*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf



SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 

  • GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…
  • GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
  • GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.
 

English Primrose Oil vs. Borage Oil (GLA Complex Shaklee)

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.


s 1325 GLA Complex

 
Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.
 
 
s 1327 GLA Complex



Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?

Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).

Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

 Sumber

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.



Husna
013-3883495
call/sms/whatsapp
 

Thursday, 10 April 2014

Shaklee untuk kulit cantik....

          Kecantikan sangatlah sinonim dengan wanita. Semua wanita mahu kelihatan cantik. Sampaikan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak cantik. Ada juga yang sanggup 'telan' apa saja yang dikatakan boleh mencantikkan diri mereka. Huuu..jangan la sampai macam tu sekali ye cik adik cik kak makcik-makcik. Nak cantik? Biarlah dari dalam. Bukan yang sekadar luaran semata-mata. Sehingga boleh memudaratkan di masa hadapan.

Wahhh...panjang pulak intronya. Hihi. Jangan marah yeeee...

           Ok...kembali ke topik asal. Cantik. Nak cantik? Jom kita cantik dalam dan luar nak? Macam mana? Meh la nak cerita-cerita.

Shaklee ada pelbagai vitamin untuk cantik ni. Banyak pilihan. Mengikut bajet dan tempoh yang anda inginkan untuk kelihatan cantik. Kita cerita satu-satu hokayy uollss.


1- Set D (Vitamin C + Vitamin E + B-Complex)

VITAMIN C
>Sebagai antioksida kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara & sebagainya.
>Meransang pembentukan & meningkatkan produksi kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit.
>Mencerahkan kulit.


VITAMIN E
>Menjaga kesegaran & keremajaan kulit
>Melindungi kulit dari sinaran UV
>Menjaga kelembapan kulit
>Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel


B-COMPLEX
>Bertindak sebagai pelembap
>Mencegah pigmentasi
>Melambatkan tanda penuaan
>Mengubati jerawat
 
 
2- ESP
 
Mengandungi  Asid Amino yang membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Tanpa ‘blok pembinaan’ yang mencukupi ini, produk penjagaan kulit tidak dapat melaksanakan tugasannya dengan sempurna.  
 
 
 
Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan 
- Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit 

- Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.


Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi 

- Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit 

- Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
  
 
4- Vivix
 
Kandungan Nutrien Polifenol yang kaya dalam ciri-ciri ANTIOKSIDA dan membantu MELAWAN KEROSAKAN RADIKAL BEBAS yang mempercepatkan kehilangan kolagen. Beberapa kajian juga membuktikan yang campuran ekstrak botani Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberries dan Lobak Ungu dapat membantu untuk menggalakkan PROSES PENUAAN yang sihat. 
  
 
 
    Jom siapa-siapa yang nak cantik, dapatkan segera vitamin-vitamin shaklee ni. Tak tau nak pilih yang mana? Meh saya tolong. Kita kira ikut bajet anda.
 
Hubungi saya:
 
Husna
Shaklee Independent Distributor (1001611)
013-3883495
call/sms/whatsapp
 
Page: Icha Vitashop

Wednesday, 9 April 2014

Saya pengedar Shaklee - IPOH, KUALA KANGSAR, SUNGAI SIPUT, LENGGONG

Assalamualaikum uolss.....

Okay, entry ni nak citer pasal saya je. Hihi.

Saya Ainul Husna Yahya.
Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor)
SID 1001611

Kawasan COD - IPOH
Untuk kawasan KUALA KANGSAR, SUNGAI SIPUT, & LENGGONG, juga terdapat perkhidmatan COD TETAPI bergantung kepada keadaan.
Kena tunggu saya balik kampung hujung minggu la. :)

Untuk pengeposan, 
SELURUH MALAYSIA.

Cara hubungi saya?

PM saya di FB personal/ page.

ATAU

Nak lebih mudah dan cepat
Call/ sms / whatsapp
013-3883495


Set yang saya jual:

~ slimming set
~ set kecantikan
~set hamil
~set bersalin
~set menyusu
~set kesuburan
~set kesihatan optimum
~set lelaki sihat
~set wanita
~set kanak-kanak
~set sendi
~set kecerdasan minda
~set menambah berat
~set diabetes
~dan lain-lain



Ok la uolss. Jangan segan-segan whatsapp je kalau nak tanya apa-apa pasal shaklee. Aha...lupa pulak. Konsultasi adalah PERCUMA SEUMUR HIDUP jika membeli dengan saya. :)

Tuesday, 8 April 2014

G6PD dan shaklee...

Apakah itu G6PD?


       Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan  satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.
       Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD.
       Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?
       Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.
Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?
 
       Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.
       Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.
       Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.
       Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.
       Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.
                                                                                                                                      kredit : sumber
Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
 
      Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
 
*   Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
 
*   Ubat gegat.
 
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
 
*   Minyak gosok.
 
*   Kacang parang.
  

        Sebab itu, jika bayi anda mengalami penyakit G6PD, anda TIDAK BOLEH mengambil sebarang jamu ketika berpantang. Ohhh tidakkkk. Kalau tak makan jamu, habis la.. Sakit-sakit badan. Macam mana nak recover balik masa selepas bersalin???? Jangan risau ye ibu-ibu. Jom berpantang secara moden dengan Set berpantang shaklee. Takde jamu. Semua vitamin je. Untuk kesihatan dalaman. 



Cadangan vitamin untuk ibu berpantang



       Sebarang pertanyaan mengenai vitamin shaklee untuk ibu berpantang mahupun lain-lain set, sila hubungi saya.


Husna
Shaklee Independent Distributor
SID 1001611
013-3883495
call/sms/whatsapp
FB Page: Icha Vitashop

Kepentingan Kalsium untuk Ibu

      Apabila bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

      Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

      Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.


      Apabila seseorang wanita itu hamil, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta sihat. Kalsium ni bukan jer penting untuk tulang tapi juga penting untuk mengawal degupan jantung, saraf, dan otot yang sihat. Darah kita juga memerlukan kalsium yang cukup untuk pastikan proses pembekuan darah berlaku dengan sempurna. Jadi, takdelah masalah darah tak berhenti mengalir keluar kalau jari atau anggota badan kita tercedera. Ibu hamil juga perlu memastikan badan tidak kekurangan kalsium supaya proses pembekuan darah sewaktu proses kelahiran nanti berjalan lancar supaya badan tak kehilangan terlalu banyak darah yang boleh mengakibatkan kematian.

      Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

       Ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.

      
Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,

        Di samping amalan pemakanan yang mengandungi kalsium, ibu juga digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix untuk memastikan kalsium berada di tahap optimum dalam badan. Jika ibu ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan ianya mengandungi kalsium, magnesium dan juga vitamin D kerana kalsium semata tidak akan dapat diserap dengan baik oleh badan jika tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D. 

                                                                                                                       kredit: sumber 1, sumber 2


        Ibu-ibu semua, mulai saat ini, jom pastikan keperluan harian kalsium anda dipenuhi. Anda tak gemar minum susu? Jangan risau mommies. Ostematrix kan ada. 4 biji sehari, cukup untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita. Nak dapatkan di mana? Hubungi je saya.
 
 
Husna
013-3883495
call/ sms/ whatsapp
FB Page: Icha Vitashop
 

Sakit sendi : Punca, Gejala & Tips kesihatan


         Pernah tak tiba-tiba anda terasa sakit di pinggang, di lutut, di bahu mahupun di kawasan sendi yang lain? Pernah tak anda terfikir, 'hish..macam orang tua je la aku ni sakit-sakit sendi'. Haaa...anda silap! Sakit sendi bukan sakit orang tua. Semua orang berisiko untuk mengalami sakit sendi. Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia: 



  •  1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
  •  50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
  • 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
  • Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
  •  52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
  • 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca SAKIT SENDI?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan 
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?

  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat

  1. Mudah kejang dan tegang pada sendi
  2. Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
  3. Bengkak pada sendi
  4. Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
  5. Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi

  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi
Suplemen Shaklee untuk membantu masalah sendi / sakit sendi.



1. Joint Health Tablet

  • Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 
            - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
            - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
            - Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat

  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina
 2. Omega Guard

  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan
            - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
            - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 
  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
3. Ostematrix

  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
                                                                                                                                              sumber
Jom pakat-pakat hadiahkan set ni kepada ibu-bapa kita, pasangan kita mahupun diri sendiri. Sayangi tubuh kita, sayangi sendi kita, sayangi tulang kita.
Jika berminat untuk mendapatkan set ini, bolehla hubungi saya di:
sms/whatsapp
013-3883495
Husna

Shaklee Independent Distributor
SID 1001611
FB Page: Icha Vitashop

Friday, 4 April 2014

Ostematrix sumber kalsium terbaik

Sempena bulan kalsium bulan April ni, saya nak kongsi cerita pasal Ostematrix.

Ostematrix merupakan pil kalsium shaklee. Tetapi ianya bukan sekadar kalsium semata-mata. Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D, dan boron bagi membantu penyerapan kalsium pada kadar maksimum.




Satu hidangan ostematrix ( 4 tablet) membekalkan:
  • 1000mg kalsium (100% keperluan kalsium harian yang kita perlukan)
  • 400mg magnesium (100% keperluan magnesium harian yang diperlukan)
  • 400IU vitamin D (100% keperluan vitamin D harian yang diperlukan)
1 Tablet ostematrix = 1 gelas susu berkalsium tinggi = 80 biji badam

Senangkan? Tak perlu minum susu bagi mereka yang tak lalu nak telan susu. Cukup dah keperluan kalsium dengan pengambilan ostematrix. Takkan anda nak makan 80 biji badam setiap hari? Lenguh mulut nak kunyah.. kan? hihi


Ostematrix untuk siapa?
  • untuk mereka yang tak suka susu
  • untuk mereka yang mempunyai masalah tulang rapuh
  • untuk mereka yang mempunyai masalah gastrik 
  • untuk mereka yang mempunyai migrain
  • untuk ibu hamil - sebagai sumber kalsium harian untuk ibu dan anak di dalam kandungan, untuk mengelakkan kaki cramp, untuk mengelakkan sembelit
  • untuk ibu berpantang/ menyusu- mengelakkan sembelit, sumber kalsium untuk susu ibu, mengelakkan ibu daripada kekurangan kalsium
  • untuk mereka yang mempunyai masalah sendi
  • untuk mereka yang sukar tidur
  • untuk mereka yang mempunyai masalah PMS
  • untuk mereka yang mengalami masalah kemurungan
  • untuk mereka yang mengalami masalah rambut kasar, kuku rapuh, kulit kering, ekzema




Hubungi saya untuk mendapatkan sumber kalsium yang terbaik untuk anda.

Ainul Husna Yahya
SID 1001611
013-3883495
call/sms/whatsapp