Monday, 3 March 2014

Tips menggalakkan penghasilan susu ibu

Ibu mana yang tidak mahu meyusukan anaknya. Semua ingin memberikan penyusuan eksklusif kepada anak tercinta. Tetapi mungkin beberapa faktor yang menghalang hasrat murni seorang ibu.

Penyususan eksklusif bermaksud penyusuan secara eksklusif di mana bayi hanya minum susu ibu tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Tempoh penyusuan ini mungkin ramai yang berjaya. Tetapi yang lebih eksklusif ialah berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sehinggga anak berusia dua tahun!

Jadi...di sini saya akan kongsikan beberapa tips untuk menggalakkan penghasilan susu ibu agar ibu-ibu di luar sana dapat menyusukan bayi anda sehingga berumur dua tahun secara eksklusif!



Tips Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu

1) 'Roaming in' dengan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, segera berikan susu ibu kepada bayi. Hisapan susu ibu yang pertama ini sangat berkhasiat buat bayi. Sejam yang pertama sangat penting untuk penghasilan susu ibu.

2) Sentiasa meransang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dan kerap.

3) Jika bayi anda kerap tidur, kejutkannya 2-3jam sekali untuk menyusu. Ketika bayi tidur, manfaatkan masa tersebut dengan mengepam susu. Lebih kerap bayi menyusu/mengepam/ anda kosongkan payudara, lebih banyak susu dihasilkan.


 Posisi Penyusuan bayi
 

4)Amalkan pemakanan berkhasiat dengan diet yang seimbang. Amalkan meminum banyak air, 2-3 liter sehari. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air ketika menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air.

5)Bagi ibu yang akan mula bekerja, mula mengepam dan menyimpan stok susu ketika masih berpantang. Pam 2-3jam sekali ketika waktu kerja secara konsisten bagi mengekalkan penghasilan susu.

6) Jika penghasilan susu anda merudum, lakukan power pumping. Power pumping adalah kaedah di mana anda mengepam susu di payudara sebelah kanan dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payudara sebelah kiri pula untuk tempoh 10 minit. Ulang semula dengan payudara sebelah kanan dan kiri secara bergilir. Lakukan secara berterusan selam satu jam.

7) Jangan stress! Stress berkait rapat dengan penghasilan susu yang KURANG &  MERUDUM. Ambil suplemen untuk mengurangkan stress jika perlu ( Bcomplex shaklee adalah suplemen antistress)

8) Bagi ibu yang sibuk bekerja dan tidak mendapat pemakanan seimbang, anda DIGALAKKAN mengambil suplemen penyusuan.

9) Anda boleh mengamalkan beberapa jenis makanan yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Antaranya susu soya, halba, makanan berserat seperti oat, jintan, kurma cina, pegaga dan lain-lain.

10) Sentiasa berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki (susu ibu) dan dipermudahkan serta diberi semangat untuk terus memberikan susu ibu,

11) Amalkan membaca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam. Selain itu beberapa  ayat Al-Quran yang boleh diamalkan. Antaranya,surah Saad, ayat ke 54 yang bermaksud:
"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis".


                                                                                     Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2012
                                                                                                                                 mommyiskandar            

Semoga segala perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada anda.


Ainul Husna Yahya
SID: 1001611
013-3883495

No comments:

Post a Comment