Monday, 27 January 2014

Info : Kencing manis @ Diabetes Mellitus

1. Apa itu Kencing Manis @ Diabetes Mellitus ? 
 
Kencing Manis @ Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi kencing manis @ diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. Persatuan Diabetes Malaysia tahun 2007 menganggarkan hampir 1,200,000 orang rakyat Malaysia menghidap Diabetes. Malangnya lebih 600,000 orang tidak sedar mempunyai penyakit ini.

Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. 

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.  (credit : sumber )

Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut
- See more at: http://fuh.my/petua-dan-tanda-tanda-awal-kencing-manis/#sthash.H0DBCLMj.dpuf
 Tanda-tanda penyakit kencing manis:

-kerap buang air
-mudah berasa lapar
-mudah berasa haus 
-berat turun mendadak
-letih yang tidak menentu
-pandangan menjadi kabur
-mudah mendapat penyakit kulit



Risiko Diabetes
Risiko diabetes boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu risiko yang tidak boleh diubah dan risiko yang boleh diubah. Mengapakah terdapat risiko yang tidak boleh diubah? Kebanyakan risiko yang tidak boleh diubah adalah lebih kepada risiko yang melibatkan genetik. Kita tidak boleh memilih sipakah ibu bapa kita (kerana genetik biasanya diturunkan daripada ibu dan bapa kepada anak), namun kita sentiasa boleh melakukan amalan yang membawa kepada kehidupan yang sihat.


RISIKO TIDAK BOLEH DIUBAH

UMUR
Semakin seseorang itu berumur, risiko untuk mendapat diabetes semakin meningkat. Seseorang yang berumur lebih 35 tahun sudah dianggap berisiko untuk mendapat diabetes. Lebih membimbangkan adalah trend terkini di mana pesakit kencing manis yang baru dikesan adalah jauh lebih muda (25 tahun – 35 tahun) berbanding pada waktu dahulu. Pada 10 tahun yang lepas, kebanyakan pesakit kencing manis yang baru dikesan adalah terdiri daripada mereka yang sudah menjangkau umur hampir setengah abad.

IBU DAN BAPA YANG MEMPUNYAI KENCING MANIS (SEJARAH KELUARGA / FAMILY HISTORY). 
Tahukah anda bahawa jika salah seorang daripada ibu bapa anda mempunyai diabetes, risiko anda untuk mendapatkan diabetes pada masa akan datang adalah 10%. Namun begitu, jika kedua-dua ibu bapa anda mempunyai diabetes, risiko anda untuk mendapatkan kencing manis pada masa akan datang adalah 90%. Tinggi bukan? Ya, risiko ini adalah tinggi dan kemungkinan besar anda adalah salah seorang pesakit kencing manis pada masa datang, namun begitu, anda masih boleh melambatkan proses kencing manis ini terjadi. Lakukan amalan pencegahan diabetes sekarang!!! Jika anda telah pun menghidap diabetes, masih tidak terlambat untuk mengawalnya. Bertindaklah sekarang sebelum anda mempunyai komplikasi (kesan) akibat kencing manis (diabetes).

BANGSA INDIA
Keturunan atau bangsa India lebih berisiko tinggi untuk mendapatkan diabetes berbanding dengan bangsa Melayu dan bangsa Cina. Tetapi ini tidak bermakna tiada orang Melayu dan Cina yang akan dapat kencing manis (diabetes). Ini cuma bermaksud, kaum India perlu lebih awal mengamalkan langkah pencegahan diabetes. Jika perlu, ajarkan kepada anak-anak anda langkah pencegahan diabetes.



RISIKO YANG BOLEH DIUBAH

BERAT BADAN BERLEBIHAN DAN OBESITY
Obesity juga kadangkala dikaitkan dengan kekebalan insulin (sila rujuk post apa itu kencing manis). Kekebalan insulin ini adalah perangsang kepada pembentukan diabetes di kalangan orang yang gemuk.

CARA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
Memakan makanan yang tinggi gula, karbohidrat, garam dan lemak di samping tidak bersenam membolehkan seseorang itu mendapatkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, tinggi kolesterol dan serangan jantung.

                                                                                                                                                          credit: drnurulyusof.blogspot
Cara mengelak risiko diabetes.
~banyakkan aktiviti olahraga
~amalkan pemakanan seimbang
~kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis
~lebihkan pengambilan serat
~kurangkan berat badan bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Juga mengamalkan pemakanan seimbang bagi menjamin kesihatan diri kita.
 



Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi
- See more at: http://fuh.my/petua-dan-tanda-tanda-awal-kencing-manis/#sthash.H0DBCLMj.dpuf

Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut
- See more at: http://fuh.my/petua-dan-tanda-tanda-awal-kencing-manis/#sthash.H0DBCLMj.dpuf

Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut
- See more at: http://fuh.my/petua-dan-tanda-tanda-awal-kencing-manis/#sthash.H0DBCLMj.dpuf

Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut
- See more at: http://fuh.my/petua-dan-tanda-tanda-awal-kencing-manis/#sthash.H0DBCLMj.dpuf

No comments:

Post a Comment